Apa itu Mandul?
Sebab-sebab Kemandulan Sekunder
Secara umumnya sebab-sebab berlaku kemandulan sekunder adalah sama dengan kemandulan primer
1. Menurunnya tahap kesuburan
Menyusukan anak juga menjadi factor tidak subur dan keadaan ini di panggil “Hyperprolac-Tinemia”. Hormon prolactin biasanya keluar ketika menyusukan anak dan ia menyekat kesuburan.
2. Kerosakan atau gangguan pada anggota reproduksi
3. Tabiat pemakanan yang tidak seimbang, terlalu banyak merokok, minuman keras dan menagih dadah juga menjejaskan pengeluaran benih & tahap kesuburan.
4. Elakkan tekanan
Vitamin-vitamin yang cadangkan untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
Set Kesuburan Lelaki & Wanita
GLA
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaandapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan danmelegakan PMS (sindrom pra-haid)
ESP
Energizing Soy Protein adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis ‘sustained release’ di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.
B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.
Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
Vitamin E
Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana ia membantu meningkatkan hormone seks samaada kepada lelaki mahupun wanita. Vitamin E amat penting untuk meningkatkan kesuburan untuk lelaki. Kajian pada tahun 1924.mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Kajian lain juga mendapati bahawa Vitamin E mampu meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma. Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium. Dalam masa yang sama, vitamin E sangat bagus untuk kesihatan jantung sekaligus meningkatkan tahap testosterone.
Leave a Reply