Selaras dengan peredaran zaman, keperluan suplemen dalam diet seharian kini mula disedari oleh masyarakat kita yang cakna kesihatan.
Makanan tambahan atau suplemen sebelum ini di pandang tidak begitu penting dan tidak ramai yang mahu mengambilnya.
Produk-produk suplemen telah banyak dijual di pasaran daripada yang traditional seperti jamu sehinggalah yang moden dalam bentuk serbuk, pil, kapsul mahupun minuman.
Pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli suplemen kerana terdapat pelbagai jenama dengan harga mampu milik di pasaran mengikut baget setiap individu.
Keperluan Suplemen Dalam Diet Seharian
Kebanyakkan individu mengambil suplemen ini untuk memastikan mereka mendapat nutrien yang cukup dan untuk mengekalkan atau memperbaiki kesihatan mereka. Namun tidak semua orang perlu mengambil makanan tambah
“Anda boleh mendapatkan semua nutrien yang anda perlukan dengan memakan pelbagai makanan yang sihat, jadi anda tidak perlu mengambilnya, tetapi suplemen boleh berguna untuk mengisi jurang dalam diet anda.” – kata Carol Haggans, ahli diet berdaftar dan perunding kepada NIH
Jurang dalam diet (Nutrition Gap) adalah disebabkan oleh mengambilan garam, lemak tepu, kalori melebihi dari cadangan dan kekurangan nutrien penting seperti serat, kalium, Vitamin C dan kalsium.
Jadi, sementara kita hendak mendapatkan banyak kalori dan makanan yang baik, dari masa ke masa ketiadaan nutrien penting akhirnya akan membawa kepada kesan negatif.
Kekurangan nutrisi juga boleh berlaku akibat tingkah laku, gaya hidup atau kehadiran penyakit kronik.
Nutrition gap adalah kebimbangan kesihatan awam kerana ia berlaku di semua peringkat umur, dan boleh menjejaskan kesihatan secara negatif.
1. Terdedah pada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas
Udara yang bersih, segar dahulu tiada lagi hari ini. Terutamanya yang berada di bandar dengan kesesakan lalu lintas hampir setiap masa, perindustrian dan perkilangan dijalankan di kawasan kita.
Hal ini yang mengakibatkan banyak radikal bebas di persekitaran kita setiap hari
Radikal bebas mampu merencatkan kesihatan sel sel tubuh badan kita.
Oleh itu suplemen sangat diperlukan pada setiap hari untuk menyokong peningkatan tahap kesihatan tubuh badan kita dengan lebih baik lagi.
2. Badan memerlukan lebih nutrien yang didapati dari pemakanan sahaja.
Sedia maklum bahawa tidak semua nutrien yang diperlukan dapata dihasilkan oleh tubuh badan anda.
Sebagai contoh, Vitamin C dan asid amino perlu.
Pengambilan suplemen Vitamin C dapat memastikan badan menerima bekalan Vitamin C yang mencukupi setiap hari. Apabila nutrient & vitamin dibekalkan dengan cukup. Ia akan.membantu badan kita berkerja dengan lebih baik mengikut fungsi-fungsinya.
Nak cantik cucuk kolagen? Sebenarnya, jika anda cukup Vitamin C kolagen boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita. Untuk kesihatan biasa, anada memerlukan 500mg-1000mg setiap hari.
Sebiji buah oren membekal 45-60mg vitamin C sahaja. Untuk mendapatkan 500mg sehari anda perluakn sekurang-kurangnya 8biji oren setiap hari. Mampukah anda? Boleh tercirit tau!
3. Buah-buahan dan sayuran terdedah dengan racun serangga dan bahan kimia lain.
Seperti yang kita tahu, untuk memastikan tanaman menghijau, subur dan cantik rupanya, para petani memerlukan baja subur dan racun serangga untuk mengalakkan pertumbuhan tanaman yang baik.
Pada masa yang sama tanaman terdedah dengan bahan kimia. Nutrient yang ada dalam setiap buah-buahan & sayuran berkurangan akibat tercemar oleh bahan kimia yang ada.
Jadi dengan pengambilan suplemen adalah suatu langkah yang lebih selamat. Pastikan pilihan suplemen anda yang terbaik. Dapatkan 7 Tips Memilih Suplemen Terbaik di sini.
4. Nutrien makanan hilang akibat daripada cara masakan yang menggunakan suhu yang tinggi.
Anda yang sering makan di luar?
Saya percaya semua yang makan diluar ingin dihidang juadah yang diorder lebih cepat. Kalau lambat sedikit pun dah rasa lama sangat menunggu bukan?
Ketahuilah bahawa, masak sayuran terutamanya pada suhu yang tinggi, nutrien di dalamnya akan berkurang dan berkurang. Apalah yang badan anda dapat dari makanan itu? Sekadar mengenyangkan perut je lah ye.
Dengan itu, anda adalah salah seorang yang perlu memikirkan keperluan suplemen dalam diet seharian. Namun, dengan pengambilan suplemen bukan menjadi tiket anda tidak makan makanan yang segar ya!
Bila kita “top-up” tiap hari, badan kita akan menerima signal yang lebih baik. Dan menerima semua nutrien yang dibekalkan dalam makanan dan suplemen yang anda ambil.
Bukti Suplemen Boleh Meningkatkan Kesihatan
Bukti menunjukkan bahawa beberapa makanan tambahan boleh meningkatkan kesihatan dengan cara yang berbeza. Suplemen nutrien yang paling popular adalah multivitamin, kalsium dan vitamin B, C dan D. Kalsium menyokong kesihatan tulang, dan vitamin D membantu badan menyerap kalsium. Vitamin C dan E adalah antioksidan-molekul yang menghalang kerosakan sel dan membantu mengekalkan kesihatan.
Wanita memerlukan iron semasa hamil, dan bayi yang menyusu memerlukan vitamin D. Asid folic-400 mikrogram setiap hari, sama ada dari makanan tambahan atau makanan diperkaya-penting bagi semua peringkat wanita yang mengandung dan melahirkan anak.
Vitamin B12 menjaga sistem saraf dan menghasilkan sel darah merah yang sihat. Vitamin B12 kebanyakannya berasal dari daging, ikan dan makanan tenusu, jadi vegitarian boleh mempertimbangkan mengambil suplemen untuk memastikan ia mendapat Vitamin B12 yang cukup.
Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan boleh menggalakkan kesihatan jantung. Suplemen lain yang tidak berasal dari vitamin dan mineral. Minyak ikan mempunyai bukti saintifik untuk menyokong penggunaannya.
Kesan kesihatan beberapa suplemen biasa lain memerlukan lebih banyak kajian. Ini termasuk glucosamine (kesakitan sendi) dan makanan tambahan herba seperti echinacea (kesihatan imun) dan minyak biji rami (pencernaan).
Kualiti Susu Ibu Lebih Baik
Seorang doktor, Dr Nur Haidar Zakaria pula mula mengambil suplemen pada awalnya untuk memberi susu secara eksklusif kepada anaknya, mengambil makanan tambahan itu sehingga kini.
“Memandangkan waktu kerja saya yang agak sibuk, kadang kala saya tidak sempat untuk memilih dan makan makanan yang betul-betul penuh nutrisi untuk keperluan diri dan bayi.
“Bagi saya, suplemen bukanlah yang utama, cuma ia hanya pelengkap kepada makanan harian yang diambil supaya lebih seimbang untuk tahap kesihatan yang optimum,” katanya.
Menurutnya, setiap bulan, dia membelanjakan purata kurang daripada RM100 untuk suplemen yang diambilnya.
“Alhamdulillah, pengambilan suplemen yang konsisten, di samping dapat memberikan susu ibu yang berkhasiat buat bayi, ia banyak membantu diri lebih sihat dan bertenaga,” katanya.
Belanja RM100 Setiap Bulan
Bagi guru, Mohd Affan Awang Lah, dia mula mengambil suplemen sejak 2012 lagi dan membelanjakan RM100 setiap bulan untuk kesihatan.
“Saya ambil sebab hendak lengkapkan makanan yang saya ambil setiap hari dengan suplemen supaya saya dapat nutrisi lengkap, selain meningkatkan imunisasi badan untuk mencegah penyakit.
“Paling ketara, sejak saya makan suplemen, biji-biji halus yang ada di belakang badan saya ini semakin hilang. Saya juga perasan, badan saya tidak terlalu mudah letih seperti sebelum ini,” katanya.
Anak semakin sihat
Kakitangan awam, Idyani Ismail berkata, sebelum ini, dua anaknya kerap tidak sihat dan hampir setiap bulan akan ke klinik untuk menerima rawatan.
“Anak pertama saya, doktor mengesyaki asma dan perlu rawatan ‘nebulizer’ hampir setiap bulan, manakala anak kedua saya pula kerap demam dan selesema.
“Namun sejak ambil suplemen, Alhamdulillah kedua-dua anak saya semakin sihat dan tidak perlu lagi ke klinik seperti dulu,” katanya.
Menurutnya, setiap bulan, dia membelanjakan RM300 bagi membeli suplemen untuk keluarganya.
“Dengan makanan tambahan ini, kami sekeluarga tidak lagi bergantung 100 peratus kepada ubat, malah kami semakin sihat,” katanya.
Idyani mula mengambil suplemen sejak mengandungkan anak keduanya pada 2012 untuk menambah nutrisi dalam badan.
“Ketika itu, saya cari maklumat tentang produk yang bagus untuk ibu mengandung di internet kerana mula muak minum susu.
“Saya risau sebab tidak pasti apa yang dimakan setiap hari itu cukup atau tidak zat dan khasiatnya jika tidak ambil suplemen. Sehingga kini, saya masih kekal ambil suplemen,” katanya.
Suri rumah, Jazilah Ilyas berkata, dia mula memberikan anak sulungnya makan suplemen kerana kerap sembelit sejak kecil.
“Sebelum itu, saya selalu berikan anak saya ubat sembelit untuk memudahkannya membuang air besar. Namun, saya mula mengubah fikiran untuk mencari suplemen sesuai bagi anak saya untuk mengatasi masalah itu kerana tidak mahu bergantung pada ubat.
“Lagipun, anak saya ini fobia dengan ubat sejak kecil kerana banyak ubat yang dimakan sebelum ini memandangkan dia lahir dalam keadaan pramatang ekstrem,” katanya.
Jazilah turut mengambil suplemen untuk mengelak keletihan melampau selepas menyusukan anaknya.
Pengalaman Saya Sendiri
Saya terpaksa percaya suplemen banyak membantu saya sewaktu penyusuan anak pertama 5 tahun dahulu. Dari hari pertama sehingga 2 minggu sebelum saya masih mengalami masalah penyusuan. Saya juga tiada stock susu langsung sehinggalah saya menggunakan set penyusuan Shaklee. Alhamdulillah, dalam masa 2 hari, penghasilan susu ibu mulai bertambah baik. Sehingga 2 minggu bekerja saya memerlukan peti ais baru untuk menyimpan stock anak saya.
Lain pula cerita anak kedua saya, tiada masalah penyusuan dari awal kerana saya mengamalkan Set Hamil Shaklee. Saya tidak mabuk teruk seperti anak sulung sehingga mengalamani morning sickness berterusan selama 9 bulan. Namun, anak kedua saya menghidap ekzema.
Dengan suplemen dan sedikit ilmu berkaintan nutrisi, saya mampu membantu menguatkan imun sistem anak, mengurangi keradangan dan kitaran ekzema dengan lebih baik sekali. Saya menambah set penyusuan shaklee bersesuaian dengan keperluan ekzema anak saya.
Saya terpaksa percaya kali kedua, tanpa suplemen set ekzema ini agak sukar untuk saya mengawal keradangan, kegatalan, kekeringan dan berair hanyir yang di lalui oleh anak saya. Begitu juga dalam menjaga emosi untuk sentiasa positif.
Alhamdulillah, saya terpaksa percaya suplemen banyak membantu saya dan keluarga dalam membesarkan anak dengan sihat.
Buatlah Keputusan Dengan Bijak
Ingin Mencuba Suplemen Terbaik?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan. Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Saya sudah, anda bila lagi? Hubungi saya untuk mendapatkannya secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik.
Aziana (SID 908133)
012-3687395
Trusted Shaklee Independent anda
Breastfeeding Partner
*Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at tuahdinda.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di tuahdinda.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
tterimakasih atas infornya, jangan lupa kunjungi kami
di http://blackwaletfacialsoap.com/sabun-pemutih-selangkangan/
Sama-sama 😊
noor aziana recently posted…Ekzema Berair Setelah Berhenti Krim Steroid
dulu rajin juga persoalkan, kenapa nak makan supplement.. tapi.. bila dah berumur sikit ni.. baru la faham.. haahaha~ lagipun makanan harian kita belum tentu lengkap nutrisinya.. kan ?
atiehilmi dot com recently posted…MANFAAT BUAH TIN DAN SENARAI PEMBEKAL POKOK TIN SELURUH MALAYSIA
hehe.. biasanya bila dah merasai sesuatu ya g tidak selesa baru kita mencari suplemen ni.
Saya dulu mula dengan masalah BF, makan memang seimbang, tapi masalah BF yang teruk juga.
Bukti memang tak cukup nutrisi 😂
noor aziana recently posted…Ekzema Berair Setelah Berhenti Krim Steroid