Apa itu kolagen?
Kolagen bukan hanya baik dimakan untuk wanita dewasa. Keperluan kolagen bukan hanya untuk kecantikan wanita sahaja, namun ia juga baik bagi lelaki bahkan remaja. Seperti yang telah dikatakan , fungsi kolagen bukan hanya melulu soal kecantikan tapi juga baik bagi kesihatan. Manfaat kolagen ini sangat baik bagi kesihatan tubuh anda.
Kolagen merupakan sejenis protein di tubuh badan setiap mamalia, termasuklah manusia. Ia merupakan salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Sekitar 30% dari seluruh protein tubuh adalah kolagen.
Keperluan Kolagen Untuk Kesihatan Tubuh
Berikut ini adalah keperluan luar biasa dari kolagen yang boleh membuat tubuh anda lebih sihat:
1. Kolagen Untuk Rambut dan Kuku
Bagi rambut dan kuku, kolagen bermanfaat untuk menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhan kembali. Sedangkan bagi kuku , juga dapat memperkuat kuku sehingga tidak mudah patah. Jika kuku anda terdapat bintik putih , juga boleh hilang selepas penggunaan kolagen secara teratur.
2. Keperluan kolagen Untuk Keanjalan Kulit
Mungkin banyak yang telah mengetahui fungsi kolagen bagi kulit. Kerana manfaatnya banyak yang menggunakan kolagen untuk menjaga keremajaan kulit. Kolagen dapat membuat kulit tetap anjal dan sihat. Kolagen juga boleh digunakan untuk menghilangkan bekas luka pada kulit anda. Jika anda mempunyai masalah flek dan keriput juga dapat diatasi dengan penggunaan kolagen secara teratur. Kolagen juga mampu Mengurangkan kedutan di wajah Menghambat penuaan Memperkecil Liang kulit Perekat sel kulit menghaluskan kulit
3. Memberi Fleksibiliti Sendi
Ternyata kolagen juga dapat bermanfaat bagi sendi anda. Jika anda mempunyai masalah sakit sendi , cubalah untuk mengambil kolagen secara teratur. Hal ini kerana kolagen mampu memberikan fleksibiliti tubuh pada bahagian tendon. Selain itu, kolagen dapat bermanfaat membina bahan tulang rawan pada sendi anda.
4. Osteoporosis Boleh Dicegah Dengan Kolagen
Kolagen mempunyai fungsi yang sama pentingnya dengan kalsium bagi tulang anda. Hal ini kerana kolagen berfungsi sebagai lem perekat tulang agar sendi menyatu. Jika mengambil kolagen secara teratur dapat menguatkan tulang dan mencegahnya menjadi rapuh.
Dengan pola makan yang baik dan mengambil kolagen secara teratur, kesihatan tulang dapat terjaga dengan baik hingga usia tua. Osteoporosis yang menjadi musuh bagi tulang juga boleh dicegah dengan mengambil kolagen secara teratur. Selain itu kolagen boleh membuat tulang anda menjadi tetap lentur dan kesakitan pada tulang pun boleh hilang.
5. Kolagen Untuk Otak
Nutrisi pada otak kita dibekalkan oleh sel Gila yang disokong oleh rangkaian kolagen. Saraf kranial pada otak tidak dapat menerima nutrisi jika rangkaian kolagen menipis. Sehingga untuk menjaga rangkaian ini, diperlukan pengambilan kolagen tambahan. Selain itu dengan mengambil kolagen , maka otak dapat berkerja lebih baik.
6. Kolagen Untuk Fungsi Otot Yang Baik
Untuk berkerja dengan baik, otot- otot pada mata haruslah lentur . Seiring pertambahan usia , kolagen pada kornea akan berkurang dan ini akan mengakibatkan kornea menjadi kaku. Hal ini tidak baik bagi kesihatan mata anda. Jadinya dari itu untuk mengatasi kurangnya kolagen pada mata, disyorkan untuk mengambil kolagen agar penglihatan pada mata dapat pulih kembali.
Itulah sebahagian keperluan kolagen untuk tubuh badan lebih sihat. Setelah diketahui keperluannya bagi kesihatan tubuh, mesti anda merasakan betapa bagusnya mengambil kolagen secara teratur. Mungkin selepas membaca post ini anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil kolagen secara teratur ya.
Saya tambah lagi sedikit ya.
Kadar Penurunan Kolagen Seiring Usia
Penghasilan kolagen menurun seiring dengan pertambahan usia. Garis-garis halus dan kedutan adalah tanda jumlah kolagen dalam tubuh mulai menurun. Dari situ kita nampak, bertapa pentingnya kolagen diperlukan dalam pembentukan sel kulit baru. Kalau anda belum tahu, inilah rahsia awet muda dan kulit yang anjal!
Penutup
Semoga perkongsian post ini membuatkan anda tidak ragu-ragu mengambil kolagen secara tertatur selepas ini. Dengan melihat keperluan dan manfaatnya satu persatu kepada tubuh badan, pasti anda merasanya kolagen sangat pentingkan. Manfaatnya memang luar biasa untuk ktubuh badan yang sihat.
Pentingnya kolagen ni… Dah la makin susut bila umur meningkat. Kalau tak gantikan kolagen dalam badan, makin cepat berkedut 😀
Wan Syahida recently posted…Shaklee Baby : Set Penjagaan Mesra Bayi, Organik, Selamat dan Semulajadi
Artikeln yang menarik dan penuh informasi. teuskan menulis admin. salam kenal dari saya.
encikhafiz.com recently posted…Menjana USD Dengan Google Adsense 2017