Beberapa hari lepas, ada yang bertanya kepada saya “Adakah kekurangan protein mengakibatkan penyembuhan ekzema menjadi perlahan?”
Terdapat pelbagai punca mengapa penyembuhan menjadi perlahan, namun kekurangan protein boleh menjadi punca utama ia terjadi. Perlu diingatkan, kekurangan nutrient pada tubuh boleh mengakibatkan pemulihan menjadi perlahan.
Setakat hari ini, adakah pengambilan protein harian anda mencukupi?
Tonton video yang saya kepilkan di bawah.
Apakah Keperluan Protein Pada Tubuh Anda?
Protein adalah blok bangunan untuk tubuh anda. Protein diperlukan untuk membina tisu, otot, tendon, organ serta kulit.
Protein membantu pemulihan tisu dan pembinaan tisu baru dan kulit.
Ia juga diperlukan untuk menghasilkan enzim, hormon, dan “menggantikan” sel-sel usang atau mati. Menurut The George Mateljan Foundation, satu fakta penting ialah protein juga membantu anda memproses toksik yang berpotensi untuk membolehkan penghapusan dari badan.
Apakah Tanda-Tanda Kekurangan Protein?
Tanda kekurangan protein adalah termasuk:
-
Penyembuhan luka perlahan / penyembuhan ekzema perlahan
-
Kulit Kering / Bersisik
-
Pengurangan berat
-
Tenaga yang rendah & keletihan
-
Rambut yang menipis / rambut gugur
-
Bengkak tangan
Saya sedar, sewaktu saya mengamalkan elimination diet demi anak ekzema yang masih menyusu susu ibu, saya akan kekurangan protein walaupun saya makan banyak. Seriously! saya memang makan banyak. Dan kerana protein diperlukan untuk membina tisu dan otot, saya juga kehilangan jisim otot.
Alhamdulillah, mujur ada serbuk protein yang membantu saya mencukupi kekurangan protein harian saya.
Saya sarankan anda untuk mendapatkan protein yang cukup apabila anda menjalankan/mengamalkan sebarang jenis diet.
Apakah Sumber Protein?
Sudah semestinya ikan, ayam dan daging merupakan sumber terbesar protein kepada kita. Malah, menurut World’s Healthiest Foods data, tiada makanan lain menjadikannya di senarai 10 teratas apabila mereka diukur dengan jumlah protein yang mereka berikan dalam gram.
Apa yang perlu dilakukan jika tidak cukup makan daging atau anda tidak makan daging?
Semestinya saya memahami masalah anda yang mana sesetengah sumber daging sukar untuk dihadam, alahan dan mungkin keradangan untuk sesetengah orang.
Jika ini adalah masalah yang dihadapi oleh anda, maka anda dan saya adalah serupa, sama tiada bezanya pun. Saya telah berpantang daging selama hampir dua tahun setengah kerana menyusukan anak ekzema.
Adakah Penyerapan Protein Anda Mencukupi?
Walaupun anda makan tinggi sumber protein secara istiqomah, masih berkemungkinan anda tidak dapat menyerap protein dengan baik, terutama jika anda mengalami masalah pencernaan.
Sebagai contoh, adakah anda mengalami kembung dan berangin selepas makan? Jika ada, ini adalah tanda bahawa anda mungkin tidak dapat mencerna makanan dengan sepenuhnya, yang boleh mempengaruhi berapa banyak protein dan nutrien yang dapat diserap dari makanan anda.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Badan Tidak Menyerap Protein Dengan Baik?
Anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil enzim pencernaan atau serbuk protein.
Walau bagaimanapun, dalam jangka panjang, pencernaan anda amat penting. Anda boleh melancarkan sistem pencernaan anda dengan meminum air limau hangat sebelum makan atau mengunyah dengan betul.
Selain itu juga anda boleh selesaikan masalah sistem pencernaan anda dengan suplemen.
Berapa Jumlah Protein Yang Diperlukan Sehari?
Ini adalah keperluan protein harian untuk setiap individu.
Mengikut DRI (Dietary Reference Intake) adalah 0.8grams protein untuk setiap sekilogram berat badan.
- 56 grams sehari secara purata untuk lelaki
- 46 grams sehari secara purata untuk perempuan
Anda perlu sentiasa ingat, untuk sembuh anda perlukan lebih banyak protein
Shaklee Soy Protein Isolate Powder Bekal Protein Yang Diperlukan.
Untuk anda yang memerlukan suplemen protein yang semulajadi, beyond organic, ESP adalah jawapannya.
Ada 7 keistimewaan ESP ini:
- Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik
(Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). - Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein
soya membantu menurunkan paras kolesterol. - Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score)
1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada
protein haiwan. - Membekalkan 9 asid amino.
- Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat
Protein ESP untuk MEMBINA kulit yang sihat.
- Menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit
yang sihat. - Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat dalam soya, dikaitkan dengan
penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit. - Membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.
Penutup
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda mahupun untuk anak anda yang sedang mengalami masalah ekzema dan masih belum sembuh.
Anda hebat dan anda tahu yang terbaik untuk anda dan juga anak anda.
Jika anda ingin mendapatkan suplemen basic ekzema dan ESP ini boleh hubungi saya (CLICK HERE TO WHATSAPP) untuk mendapatkannya secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik. InsyaAllah dengan pengalaman yang saya ada ini boleh membantu masalah ekzema dan kekurangan protein anda.
Aziana (SID 908133)
012-3687395
Trusted Shaklee Independent anda
Breastfeeding Partner
*Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at tuahdinda.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di tuahdinda.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
Thanks!
Nice sharing…
terima kasih 🙂
noor aziana recently posted…Siapa Perlu ESP Shaklee?