Seriously!
Susah nak kongsi menu ekzema ni.
Bila orang tanya makan apa waktu menyusu anak ekzema, memang Ana tak bagi menu makan harian Ana. Hah! Ana akan jawab dengan soalan.
Dengan soalan ni Ana boleh tahu, korang dah dapat detect belum makanan alahan dan sensetif terhadap ekzema yang dialami oleh anak atau diri sendiri.
Nak tahu sebabnya? Ana ulang sekali lagi. Cara Ana treat ekzema Adni dengan 3 langkah.
Pertama, kenal pasti food allergy dan food sensitivity
Kedua, repair leaky gut-Prebiotik, probiotik dan omega3
Ketiga, sapuan yang tidak meninggalkan toxic pada badan
3 sahaja stepnya. Namun, 3 ini kalau diurai 3 hari 3 malam pun belum tentu habis. 😅
“Dah tahu makanan yang trigger ekzema?”
Soalan cepu emas.
Korang tanya diri sendiri sekarang ya.
Rata-rata jawab “tak pasti”, “belum dapat detect lagi”, “saya tak tahu macam mana nak tengok”
Ana tak share menu dalam post ni tau. Next next next post nanti InsyaAllah ya.
Hari ini Ana nak kongsi dengan korang macam mana nak buat untuk kenal pasti makanan yang trigger anak ekzema ni.
Jom, baca bebaik, kalau tak faham just tanya ok. Penting nak tahu ni supaya kita tak suis ON ekzema tak semena-mena, insyaAllah lebih mudah dan singkat rawatannya.
Ready?
As per poster, mesti dah boleh agak apa Ana nak kongsikan dan syorkan. Ia, Ana nak kongsi macam mana nak buat “Elimination Diet”
Panjang tau post ni.
End dari post ni nanti, korang dah boleh tahu macam mana nak start elimination diet dan boleh la bermula.
Lepas sebulan dua, insyaAllah boleh tahu apa makanan yang trigger ekzema. Buakn semua tapi some.
Alasan utama untuk buat diet ini untuk selesaikan masalah korang lah. Nak tentukan sama ada makanan yang menjadi penyebab kepada masalah yang di alamai dan miliki gejala secara berterusan. Contohnya ekzema, sembelit, jerawat, cirit birit. Ilmu ini bukan untuk ekzema semata je.
Penyingkiran makanan
Makanan apa perlu ditinggalkan a.k.a pantang?
Ada beberapa kumpulan makanan iaitu:
📌Gluten
📌Tenusu
📌Soya
📌Refined sugar
📌Peanuts
📌Jagung
📌Minyak terhidrogenasi
📌Alcohol(if any)
📌Telur
📌Kafein
📌Makanan segera dan proses
Tenusu adalah satu alahan biasa kerana pasteurisasi susu standard musnahkan enzim yang diperlukan yang boleh menyebabkan alahan.
Soya? Kenapa orang kata soya tak boleh ambil kalau alahan? Dan ramai yang kata soya jadi punca alahan? Selalu sangat dengarkan.
Kenapa pantang soya dan jagung? Soya dan jagung adalah dua tanaman GMO terbesar di dunia. Ulang, terbesar di dunia. Sekitar 90 peratus (atau lebih) produk jagung dan soya adalah derivatif benih yang diubah suai secara genetik. Kacang dan buah sitrus juga biasanya menyebabkan reaksi alergi.
Pada masa yang sama, ada peluang kepada alahan kacang tanah kalau ada alahan pada soya. Sebabnya zarah protein menyerupai satu sama lain dan menyebabkan tindak balas keradangan yang sama.
Korang boleh buat extra pembacaan untuk pemahaman bab kumpulan makanan. Untuk info yang lebih detail ok. Nak ekzema sembuhkan? Bacalah ya. Jom teruskan.
Next, minyak terhidrogenasi boleh mewujudkan keradangan kronik di seluruh badan dan boleh menyebabkan penyakit. Sebaliknya, lemak yang baik adalah penting untuk pengeluaran hormon, penurunan berat badan, penyembuhan selular dan anti-keradangan.
Gula adalah racun
Gula adalah anti-nutrien yang menawarkan jumlah vitamin dan mineral yang tidak penting, dan ia menyebabkan paras glukosa dan insulin yang tinggi yang menggalakkan keradangan dan tenaga yang rendah. Orang kata gula ni RACUN. 😉
Kafein, as usuallah ia boleh ganggu penyerapan nutrient dari pemakanan seharian jika di ambil berlebihan.
Bab gluten, di Amerika Syarikat sahaja, lebih daripada 1.5 juta orang alami sensetif terhadap gluten, menurut sekumpulan penyelidik dari University of Maryland. Peratusan besar orang bertindak balas terhadap gluten dengan jenis tindak balas keradangan negatif – sama ada dari alergi gluten, intoleransi atau sensetif.
Kenapa ambik kes Amerika Syarikat? Sebab ekzema dah lama di negara tu uolls. Ada kajian, semakin maju sesebuah negara, semakin tinggi kes ekzema. Banyak makan diteknologikan. 😉 Bebel mak-mak kejap.
Cara-cara Elimination Diet
Finally, dah tahu kenapa perlu eliminate, sekarang macam mana nak start?
Pertama,
Berhenti makan makanan dari kumpulan yang Ana senaraikan di atas untuk 3-4minggu. Ada food diarykan? Kalau tak ada, kene buat ok.
Kedua,
Waktu ni belajar baca label setiap makanan yang di ambil. Elak semua yang berkaitan. Mesti ada food diary ya untuk kenal pasti apa-apa reaction dan apa yang korang feel waktu ni.
Dan ia sangat berguna apabila korang mula intro semula makanan tersebut.
Ketiga,
Selepas 3-4 minggu, masukkan SATU kumpulan makanan pada satu masa. Makan makanan yang mencurigakan setiap hari jika anda boleh selama 1-2 minggu dan merekodkan gejala anda. Buat macam intro solid food pada baby ka? Ia. Tepat sekali! Perhatikan apa-apa perubahan dalam gejala antara fasa eliminate dan intro ni.
Keempat,
Kalau gejala datang semula selepas mula makan salah satu makanan yang mencurigakan, korang boleh sahkan bahawa makanan ini adalah pencetus. Dan perlu pantang semula.
Misinya adalah untuk tengok jika gejala-gejala itu sembuh sekali lagi apabila pantang.
Korang nampak prosesnya macam try and error kan? tapi ia untuk menentukan makanan yang akhirnya dapat memperbaiki gejala korang.
Jangan risau, elimination ni tak berpanjangan unless, worst sangat. Walaupun buat elimination diet, pastikan nutrisi harian adalah cukup. Boleh google Recommendation Nutrient Intake Malaysia 2017. The latest one. Buka page 500+. Baca summary ajelah.
Cukup nutrisi penting untuk bantu proses penyembuhan. Bila berpantang tak bermakna kita tak cukup nutrisi harian tau. Mind set ni kene jaga bebetul.
Aziana Mohd Salleh
#ummianakekzema
#ekzema
#eczemafighter
Aziana (SID 908133)
012-3687395
Trusted Shaklee Independent anda
Breastfeeding Partner
*Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at tuahdinda.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di tuahdinda.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
[…] Ekzema sejak tahun 2015, tidak berulang lagi […]