Biasa ke jika tidak dapat membuang selepas bersalin?
Kira-kira 20% ibu mengalami sembelit selepas melahirkan. Tidaklah uatu perkara yang biasakan.
Di hospital, mungkin tidak rasa ingin membuang air jika anda diberikan enema ketika di peringkat awal kelahiran. Ada juga sebab lain seperti jumlah hormon progesteron yan tinggi, ubat untuk melegakan kesakitan sewaktu proses kelahiran yang boleh memyebabkan usus berfungsi lebih lemah.
Mungkin juga anda bersalin dengan bantuan forseps atan ventouse; mungkin juga disebabkan pengambilan zat besi yang berlebihan dan mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan.
Untuk saya, reason untuk rasa macam sembelit ketika anak sulong adalah kerana sebab yang terakhir. Ia, sebab koyakan yang teruk semasa melahirkan. Anak sulong, mabuk teruk sampai nak bersalin pun masih muntah-muntah. Seriously memang tak ada tenaga. Meneran pun tak keluar-keluar. Maka terangkatlah punggong, dan dek kerana teran tak keluar-keluar, maka doktor pun sedut anak bagi keluar. Koyak teruk.
Cuba Jangan Bimbang
Kemungkinan besar ia tidak menyakitkan anda kerana kawasan di antara faraj dan dubur mungkin terasa kebas kerana melahirkan. Melahirkan secara normal akan meregangkan saraf-saraf di dalam dan yang mengelilingi faraj. Jadi, anda mungkin tidak merasakan kesakitan itu apabila membuang air besar untuk kali pertama.
Bimbang dan perasaan takut untuk membuang akan membuatkan masalah lebih teruk. Ada yang berkongsi sehingga sebulan tidak membuang air besar. Kasihanilah perut dan usus anda. Dan yang lebih penting, sembelit akan mergangkan lantai pelvis anda. Hakikatnya, sembelit lebih mudarat berbanding jahitan terkoyak apabila membuang air besar. So mummy, jangan bimbang berlebihan ya.
Walaupun sejarah anak sulong yang teruk tu, saya mampu membuang setiap hari tanpa gagal. Alhamdulillah. Beruntung doktor tak bagitahu awal-awal yang koyakan saya sangat teruk berbanding orang lain. Doktor bagitau saya, luka tidak sembuh sepenuhnya lagi waktu 40hari berpantang. Time ni baru doktor bagitau, “orang lain 1 jarum tak habis, awak hampir 4 jarum, Aziana”. No wonder la doktor suruh saya duduk di atas pelampung. So dapat tak bayangkan bertapa teruknya koyakan saya.
” Orang lain 1 jarum tak habis, tapi awak hampir 4 jarum habis, Aziana”
Tips meredakan sembelit selepas bersalin
Masih tidak berjaya!
Alternatif terakhir untuk anda adalah dengan mengamalkan Ostematrix Shaklee. Ia adalah Kalsium, Magnesium dan vitamin D dalam kuantiti yang mengikuti keperluan harian anda. Boleh membantu masalah sembelit dan kesihatan usus serta tulang.
Apa yang berlaku di dalam kolon anda?. Kalsium bergabung dengan hempedu yang berlebihan dan lemak yang terurai untuk membentuk sabun tidak larut yang tidak berbahaya, yang dikeluarkan bersama-sama dengan najis anda. Ini membantu memastikan usus anda bersih.
Leave a Reply