Semalam akakmanis ada bertanya di FB,
Dalam pantang tidur terlentang ke mengereng? #tipsberpantang

“Mak dulu dalam pantang tidur duduk, badannya bersandar pada dinding. kakinya lurus ke depan. Arwah mbah dulu letak pancang kat hujung kaki. diikat supaya kaki tak bergerak. Lurus. Lukanya cepat baik, peranakan cepat pulih, dan rapat”
Posisi Tidur Ketika Berpantang

Tidur bersandarkan bantal di belakang dan posisi tegak.
Selesa ke? bagi akak selesa je kedudukan begini. 🙂
Kaki lapik dengan bantal tau supaya tinggi sedikit. Macam ni. Gambar ni tanggal bengkung la pulak. Lepas gi toilet kot. Lupa dah. Kalau tak bengkung 10meter tu berada atas sikit je dari lutut. Nak tak nak memang kaki lurus.

Hari Ke-7, berstkin tebal, kaki lurus dan rapat, bantal lapik kaki.
Korang belum habis nak cerita tidur ketika berpantang ni.. hehe.
Ada lagi, yang ni buat akak pun kadang haru jugak… Gagal..
Tidur Waktu Matahari Naik
Selain tidur duduk ni, kiterang tak boleh jugak tidur waktu siang. Time paling best nak tidur ni la tak boleh tidur. Nak-nak lagi lepas urut, siap bengkung 10meter tu. Memang asyik kalau dapat tidur. Katanya nanti badan akan jadi lesu lemau dan sakit-sakit. Curi tidur? Tak mampu. Mak tunggu :D. Tongkat je mata dengan kayu mancis.
Tidur Waktu Senja
Dan waktu nak senja pun tak boleh tidur. Yang ni generalnya memang tahu la kan. Lesu badan kalau tidur selepas Asar. Biasanya selepas Asar dalam pukul 5 adalah waktu persiapan nak mandi malam. Dalam pantang, mandikan lama. Tambahan pula, kami mesti makan malam sebelum maghrib. Kalau tak mesti la kene bebel dengan mak. Sebenarnya memang tak sabar nak makan nasi segunung tingginya tu. Dah lapar.
Nanti akak kongsi cerita tentang nasi tinggi gunung pula ye.
Terima kasih sudi membacanya.
Jumpe lagi! 🙂
Leave a Reply