Masalah stress atau tekanan kelihatan agak remeh tetapi besar impaknya kepada sesiapa yang mengalami. Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, masalah tekanan dalam penyusuan dikatakan tidak akan mengurangkan bekalan susu yang dihasilkan namun sekiranya ibu berasa sangat tertekan dan mengganggu kekerapan menyusukan bayi, ini akan mengurangkan bekalan susu ibu buat sementara.
Tekanan Dalam Penyusuan Susu Ibu
Payudara ibu menghasilkan susu mengikut permintaan bayi. Sekiranya penyusuan terganggu kerana apa sahaja puncanya dan bayi pula tidak menyusu seperti rutinnya, susu yang dihasilkan akan automatik berkurangan. Ini memberi tekanan dalam penyusuan kepada si ibu.
Jangan jadikan masalah tekanan yang anda sedang hadapi sebagai punca berkurangan kekerapan menyusukan bayi. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Sebaiknya terus susukan bayi sekerap dan selama mana yang dia kehendaki untuk meningkatkan bekalan susu ibu.
Masalah pelekapan bayi pada payu dara ibu juga boleh memberi kesan kepada penyusuan. Sekiranya bayi tidak melekap pada payu dara dengan betul, maka sukar baginya untuk mendapat susu yang cukup. Seterusnya bayi akan mengamuk dan menolak payu dara ibu apabila hendak disusukan. Ini memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.
Bahkan ada ibu yang kurang ilmu tentang penyusuan terus beranggapan bayinya enggan menyusu kerana bekalan susu ibu kurang, namun sebenarnya tidak. Oleh itu ibu perlu pelajari bagaimana posisi pelekapan bayi pada payu dara ketika menyusu.
Sekiranya ibu menghadapi masalah berkaitan penyusuan, jangan tanggung ia bersendirian. Rujuklah kepada mereka yang pakar untuk mendapatkan bantuan. Kini ada ramai Pakar/Konsultan Laktasi yang anda boleh hubungi bagi bertanyakan masalah yang dihadapi.
Ada beberapa kes yang terjadi kerana tekanan ketika menyusui anak sebagai contoh ibu bunuh diri selepas bersalin, akauntan terjun tingkat 26 selepas gagal susukan bayi dan banyak lagi.
Bantuan untuk melancarkan perjalanan penyusuan susu ibu dengan set penyusuan shaklee. Cukupkan nutrisi ibu berpantang & menyusui si manja.
Cukupi nutrisi harian anda bagi memudahkan perjalanan penyusuan ketika berpantang dan menyusu. Boleh hubungi 012-368 7395 untuk bantuan penjalanan penyusuan anda.
Bila baca artikel ni, teringat dekat gelagat anak bongsu saya yang berumur setahun 6 bulan… Setiap kali jumpa emak dia, anak saya akan cakap… Bommm…bommm..bommm…
Menandakan dia nak minum susu..
Anuar recently posted…Testimoni#1 Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
Sangat comel 😊
Antara 4 orang anak saya yang bongsu yang selesai penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Yang lain sebulan dua je.
Bila nak menyusu, dia akan kata ‘duk dak’. Mungkin sebab bunyi pernafasan yang dia dengar semasa menyusu.
Haidar recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Coshare – Kuwait Finance House ‘Pra Kelulusan Tanpa Pengesahan Majikan’ Hanya 48 Jam Sahaja