Sempena musim Haji 2017 ini, ada kelas khas Nutrisi Penting untuk Kesihatan Jemaah Haji. Kelas santai berkongsi pengalaman ke tanah suci untuk mengerjakan umrah dan haji oleh Master Kam Maria.
Diakhir kelas semalam, saya dapat merasakan bahawasanya set ini bakal membantu jemaah haji kekal sihat dan bertenaga menunaikan ibadah di Tanah Suci.
Cabaran Fizikal Ketika Menunaikan Umrah Dan Haji
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan.
Seperti firman Allah Ta’ala dalam Surah Ali Imran, ayat 97 :
“Dan Allah mewajibkan keatas manusia mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya.Siapa yang kufur (ingkar kewajipan haji) maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu apa pun daripada sekalian makhluk).”
Pengalaman berharga yang dikongsikan adalah mengikut pengalaman beliau pada tahun 2010 – Umrah pertama(langsung tidak mengambil suplement), tahun 2011 – Haji (amal supplement brand lain) dan pada tahun 2014 – Umrah (sedang mengandung 3 bulan & amalkan SHAKLEE sepenuhnya)
Saya serta gambaran ringkas perjalanan Haji. Semasa Umrah, kita hanya berada di Mekah saja. Namun semasa Haji, ada perjalanan jauh yang perlu dilakukan iaitu dari Mekah – Arafah – Muzdalifah – Mina – Mekah.
Perjalanan yang perlu dilalui memerlukan fizikal yang cergas dan bertenaga
- Jarak untuk TAWAF keliling Ka’abah 7 pusingan sejauh 500m – 1.0km x 7 Pusingan = 7km.
- Jarak SAIE dari Safa ke Marwah 450m+- (ada yang kata 405m, ada yang kata 415m). 450m x 7 pusingan = 3.15km.
- Jarak ke JAMRAH melalui terowong dan jalan sepanjang 3.5KM+-. (Jika kena duduk di Mu’assir (Mina 2), dalam 5km -7km ke kawasan Jamrah. Pergi balik dah 10km)
- Jarak antara JAMRAH KE JAMRAH. Ada 3 jamrah kesemuanya.
- Jarak antara Jamrah Ula ~> Jamrah Wusta 247m+-.
- Jarak antara Jamrah Wusta ~> Qubra 200m+-
- 10 hb melontar di Jamrah Kubra (jamrah paling jauh, perlu melalui jamrah ula dan wusta dahulu).
- 11hb, 12hb, 13hb kena melontar di ketiga-tiga jamrah.
- Khemah ke Jamrah 10km x 4 hari di Mina = 40km
- Jarak dalam kawasan Jamrah Ula + Wusta + Qubra = 447m x 4 hari = 1.78km
Jumlah jarak keseluruhan untuk mendapat
- Haji = 51.93KM+-
- Umrah = 10.15KM+-
Masalah Kesihatan
Cuba bayangkan, jika kita perlu menjalankan semua ibadah ini dalam keadaan yang sangat sesak dengan jutaan orang dari seluruh dunia. Macam-macam virus penyakit boleh berkumpul di sini. Cuba bayangkan, kalau sistem imun kita lemah, tak mampu melawan virus yang datang menyerang, dan jika kita terpaksa menjalani ibadah haji dalam keadaan kurang sihat?
Inilah puncanya Klinik Tabung Haji di sana SENTIASA PENUH dan tempoh menunggu berjam-jam. Orang terlalu ramai. Ramai sangat yang uzur ketika berada di sana. Demam, batuk, selsema, pening, sakit kepala, sakit lutut, sakit kaki dan macam macam lagi memang biasa, terutama golongan warga emas.
Contohnya, kita mungkin terlepas menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram, di mana pahala solat berjemaah adalah beratus ribu kali ganda berbanding solat di tempat lain.
Ini belum dicampur dengan pahala dan rahmat yang Allah berikan kepada mereka yang bertawaf sunat mengelilingi Kaabah atau hanya melihat Kaabah saja setiap hari pun, dah dapat pahala yang besar.
Kalau kita tak sihat, macam mana kita nak berjalan jauh dari hotel ke Kaabah setiap hari? Bila tidak sihat, maka kita terpaksa lah ‘tersadai’ sahaja di hotel, atau lebih teruk, tersadai di hospital sepanjang masa.
Alangkah sayangnya jika ini berlaku pada diri kita atau ibu bapa kita. Seumur hidup, mungkin ini KALI PERTAMA dan mungkin KALI TERAKHIR kita menunaikan ibadah haji.
Jadi, pastikan kita berusaha tingkatkan kesihatan agar dapat melakukan yang terbaik ketika di sana nanti.
Pengalaman Yang Sangat Berbeza
Pengalaman Pertama ke Tanah Suci Mengerjakan Umrah
TAHUN 2010 – UMRAH PERTAMA (TIDAK AMALKAN SUPLEMEN)
First time saya buat Umrah pada April 2010. Cuaca kat sana dah nak masuk musim panas. Temperature dalam 40 degrees. Memang sangat panas dan kering.
Masa ni saya belum kenal vitamin Shaklee lagi. Dan saya memang tak makan apa-apa suplemen. Sebab tak tahu dan tak ambil tahu pun tentang kepentingan suplemen.
Bagi saya, suplemen ni tak perlu pun, membazir duit saja. Sebab saya rasa saya masih muda dan sihat, so buat apa nak ambil pil-pil vitamin tu kan.
Pengalaman Kedua ke Tanah Suci Menunaikan Haji
TAHUN 2011 – MENGERJAKAN HAJI (AMALKAN SUPLEMEN BUKAN SHAKLEE)
Syukur Alhamdulillah, tahun seterusnya Allah jemput saya, suami, Mak & Abah mengerjakan Haji. Masa ni umur saya baru 29 tahun.
Saya dah mula ambil vitamin (Brand lain) setiap hari beberapa bulan sebelum pergi Haji dan sepanjang di Tanah Suci.
Tapi Allah masih uji saya dengan masalah batuk & selsema yang sama macam sebelum ni! Yelah mungkin sebab perubahan cuaca yang kering kan.
So lepas beberapa hari kat sana, saya dah mula batuk dan keluar kahak berketul-ketul, hidung berkerak sampai berdarah, sama je macam sebelum ni. Setiap kali ke Masjid mesti bawak tissue sebab nak buang kahak yang keluar bila batuk.
Pengalaman Ketiga ke Tanah Suci Mengerjakan Umrah Ketika Hamil 3 Bulan
TAHUN 2014 – UMRAH (TENGAH PREGNANT 3 BULAN & AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE)
Pada Dec 2014, kami diberi rezeki lagi pergi menunaikan Umrah. Saya hanya tau saya pregnant beberapa minggu sebelum bertolak ke Tanah Suci.
So masa di sana, saya tengah pregnant 3 bulan. Hotel kami sejauh 1 kilometer dari Masjidilharam.
Walaupun tengah pregnant, saya mampu jalan kaki ulang alik setiap hari ke Masjid untuk solat berjemaah. Saya mampu buat Umrah hampir setiap hari di sana, mampu tawaf & saie dengan sempurna. Boleh buat tawaf sunat lagi.
Sepanjang di sana, saya langsung tak kena batuk atau selsema macam sebelum ni.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Betapa besarnya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada saya kalini.
Set Haji dan Umrah Shaklee
Untuk mengekalkan kesihatan dan bertenaga, Shaklee ada Set Umrah Dan Haji Shaklee yang dapat memenuhi keperluan jemaah umrah dan haji di sana.
Untuk Set paling basic yang dicadangkan:-
- VITALEA MULTIVITAMIN; Multivitamin untuk kesihatan & kecergasan menyeluruh sepanjang di Tanah Suci.
- VITAMIN C; Menguatkan sistem imunisasi badan untuk mengelakkan penyakit.
- OSTEMATRIX (Calcium & Magnesium); Menguatkan tulang, mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh semasa menjalankan ibadah fizikal.
- .GARLIC COMPLEX; Antibiotik semulajadi mengelak jangkitan kuman seperti sakit tekak, batuk & selsema yang sering dialami para jemaah.
- PERFORMANCE DRINK Minuman elektrolit yang memberi tenaga dan mengelakkan dehidrasi terutama semasa cuaca panas di Tanah Suci. Boleh bancuh dengan air zam-zam dalam botol dan minum sepanjang masa.
Sekiranya ada keperluan dan budget, boleh tambah vitamin di bawah ini sekali:-
- NUTRIFERON; Immune system booster untuk mengelakkan jangkitan penyakit.
- VIVIX; Antioksidan, antibiotik semulajadi untuk kesihatan keseluruhan.
- OMEGA GUARD; Pelincir untuk sendi, sangat penting untuk jemaah yang memang mengalami masalah sendi dan lutut.
Oh yer, keadaan cuaca kat Tanah Suci sangat lah kering. So MESTI pakai MOISTURIZER sepanjang di sana.
HERBAL BLEND CREAM boleh disapu pada bibir, muka, tangan, siku, lutut, tapak kaki untuk elakkan kering dan merekah.
Lepas bercukur kepala (bagi lelaki), boleh sapukan herbal blend cream untuk elakkan gatal di kepala. Herbal blend cream ni tiada bau wangian, so selamat dan sah digunakan sepanjang berihram
Hadiahkan Ahli Keluarga Anda
Akhir kata, kita dapat lihat betapa pentingnya kekuatan dari fizikal dan mental serta kesihatan yang baik ketika berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat Haji mahupun Umrah. Jesteru itu, jom kita hadiahkan Set Haji dan Umrah Shaklee untuk ahli keluarga yang akan menunaikan Haji dan Umrah, Moga-moga mereka mendapat kesihatan yang baik dengan asbab Shaklee, kita juga akan dapat pahalanya. Amin. alhamdulillah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan. Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Saya sudah, anda bila lagi? Hubungi saya untuk mendapatkan Set Hahi dan Umrah secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik.
Aziana (SID 908133)
012-3687395
Trusted Shaklee Independent anda
Breastfeeding Partner
*Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at tuahdinda.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di tuahdinda.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
ya…sekarang adalah musim haji..
semoga para jemaah dapat menjaga kesihatan masing-masing
mrhanafi recently posted…Kes Studi 3 : Konten Blog Berkualiti
InsyaAllah, doakan yang terbaik
noor aziana recently posted…Omega-3 Membantu Gejala PMS Secara Semulajadi
Produk ni sesuai digunakan oleh jemaah haji yang bakal menunaikan rukun Islam ke 5 tidak lama lagi…
Anuar recently posted…Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Ia betul,sangat sesuai.. 😊 Boleh wara-warkan pada saudara mara tau.
noor aziana recently posted…Omega-3 Membantu Gejala PMS Secara Semulajadi
Ambillah supplement untuk kekal sihat dan bertenaga terutama untuk mengerjakan ibadah haji.
Haidar recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Coshare – Kuwait Finance House ‘Pra Kelulusan Tanpa Pengesahan Majikan’ Hanya 48 Jam Sahaja
InsyaAllah membantu para jemaah haji. 😊
noor aziana recently posted…Leaky Gut, 4 Langkah Penyembuhan dan Suplemen untuk Anda.