Assalamualaikum semua.
Amboi tajuk dia.. haha. Akak bukan la baker tapi boleh la nak membaking untuk perut keluarga kecil ni. Dan sebenarnya kerana memiliki seoarang anak ekzema, banyak bab masak-masak, baking-baking diolah dengan sendiri megikut alahan ekzema si Adni.
Dan kek belang basic ini sebenarnya selepas 2 tahun saya dan Adni berpantang menikmati keenakan kek seperti di kedai kek. Ha gitu.. Actually Adni alah pada tenusu, maka segala dairy based memang saya pantangkan sehingga nampak lebih stabil.

Minum petang bersama cinch tea sejuk
Jom kita baking!!
Bahan-bahannya
250 gram gula perang asli organik
300 gram butter
250 gram telur
250 gram tepung naik sendiri tanpa bahan pemutih
2 sudu makan serbuk koko
Akak memang guna organic raw canned sugar(orcs) dirumah ni. Kalau korang tak ada gula ni kat dapur boleh je guna gula yang ada di dapur.
Gula perang asli organik kurang manis.
Kalau belum cuba, nanti korang jejalan tu pergi beli ya.
lebih sihat berbanding gula putih.
Seterusnya, Akak guna butter SCS yang PURE cow moooooo… 🐄
🐄 unsalted ke salted ke aci je~ aritu ada promo kat giant sebenarnya… murah sket
😉. Biasa guna Anchor. Yang PURE cow jugak..
Pilih butter instead of marjerin kerana ianya lebih sihat dan lebih enak juga.
Bahan seterusnya telur. Timbang tau!! Gigih anak2 soleh join menimbang ni.. lebih kurang 5 biji lah utk dapat 250 gram tu..
Akak guna yang selenium organik. Korang guna aje telur kat dapur tu..
Akak guna yang ni sebab brand ni aje yang pass untuk anak ekzem akak.
Lastly, teoung. Akak guna tepung gandum unbleached self raising. Dipercayai sejak zaman sekolah lagi. Akak memang suka baking2 ni cuba 2 tahun kebelakangan ni je stop demi anak ekzema tangkap leleb tak leh makan.
kalau tak ada self raising sekarang, guna aje tepung gandum di campur dengan baking powder sesudu teh dan ayak sekali.
Akak… tak de baking powder camne?
Ko wat lempeng je la dik.
Cara-caranya:
- Gula + butter mix bagi rata, kembang gegebu.
Alif of kos la pakai mixer, kalau korang SADO boleh je putar guna tangan ok.. manual. jangan manja! Haha.Abang Alif nak sangat buat kek.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit. Putar perlahan-lahan. Dah masuk semua putar sederhana laju.
- Putar sederhana laju sampai Gebuuussssss cam cream topping cake.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar paling perlahan!!
Penting ni penting.
Kang tepung korang sampai kat muka berterbangan. Masukkan sampai habis dan mix dengan kelajuan sederhana. Rata je boleh off mixer. Siap! Boleh masuk loyang dan bakar 180°C selama 30 minit atau mengikut oven masing-masing.
EH! kene belangkan dulu?
ia. macam ini, akak ambik 1/3 masuk mangkuk lain dan campurkan 2 sudu serbuk koko brand hershey’s. Kenapa hershey’s? Again kerana anak ekzema akak.PURE. 100% cocoa, natural unsweetened.
Siap! jemput makan semua.

lembut dan basah.
Selamat mencuba.
Leave a Reply