Selesai sudah perkongsian tentang penyusuan dibulan Ramadhan untuk ibu yang bekerja untuk LAT Family semalam. Thank to Master Zahirah untuk peluang ini.:) Sebenarnya 2 tahun lepas Ana ada kongsikan tips penyusuan dibulan Ramadhan juga, namun ia untuk general sahaja. Tahun ini kita fokus untuk ibu yang bekerja sahaja. So, Ana upgrade mana yang patut supaya menjadi lebih padat kenyang dimakan oleh mommy. Tapau bawa balik ye.
Betul mommy, semua perlukan ilmu. Di dalam kelas semalam ada yang sehingga tidak berpuasa sebulan kerana menyusui anaknya. Mommy, kalau boleh tak nak bersalin waktu puasakan sebab nak ganti sepurnama penuh tu. Namun apa boleh buat. Cerita ini dari pengalaman 11 tahun dahulu. Jenuh mommy nak ganti puasa dengan anak kecil. Diakui sangat ni.
Rata-rata semalam anak yang disusui berusia setahun ke atas. Pada saya tahap cabaran mommy dah tidak setinggi mana sebab anak dah start makan. Susu ibu more untuk hilangkan haus, solid food lebih kepada mengenyangkan perut si anak.
Misi mommy adalah susu cukup dan berkhasiat buat anak yang ditinggalkan bekerja, tidak membazir di kemudian hari.
Penyusuan dibulan Ramadhan: Apa yang menjadi MASALAH buat Mommy sebenarnya?
Dari jawapan mommy semalam most memang kerana takutkan kuantiti susu drop. Alah mommy pun mesti dah fikir begitu jugakkan.
Ada juga bimbang sebab lepas sahur, pamp, settle seisi pertama dah berpinar-pinar. Mommy jangan pengsan dulu tau.
Ada juga yang tidak risaukan susu, namun hampir pengsan di meja menanti saat untuk berbuka. Ya Allah! Doktor kata dehidrate.
Mommy ada isu lain yang nak dibangkitkan? Nanti share kat ruang komen ya!
Kebimbangan mereka ini adalah dari pengalaman ganti puasa. Ada seorang ni menyusu nak twins tau. Berpuasa 2 hari, susu drop sehingga sebotol je sehari. Kalau Ana ditempatnya juga bimbang teruk ni. Mesti dah termenung terkedu apa nak buat, macam mana nak handle semualah.
Pengalaman ini bagus, namun percaya lah bulan Ramadhan bulan keberkatan dan ilmu insyaAllah memudahkan kerja-kerja mommy.
5 Tips Penyusuan dibulan Ramadhan
-
Set Your Mind Right
Pengeluaran susu banyak dikawal minda kita. Jika kita awal-awal lagi sudah set minda kita yang susu akan berkurangan semasa berpuasa, maka susu akan berkurangan. Mommy please cuba reset semula minda. Percayakan badan kita, perbetulkan semula niat menyusu kita. Ana kongsikan pada mommy doa yang Ana dok kumat kamitkan sepanjang waktu.
“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, Banyakkanlah susuku untuk bayiku di bulan Ramadhan ini , Permudahkanlah perjalanan untuk menyusukan anakku di bulan Ramadhan ini agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan”
“Ya Allah Ya Matin, seberapa banyak susu yang akan aku perolehi puasa hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan disisiMu. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. Amin”
Bukankah bulan Ramadhan bulan keberkatan. Yakin boleh ya mommy? Ready untuk ubah mind set mommy?
-
Jaga makan dan minum
Jaga macam mana tu ye? Tak boleh makan nasi? Tak boleh makan lauk pauk di bazar yang sungguh mengiurkan? Jawapan Ana, nasi tak boleh tinggal. Hehe. Sejak kenal puasa, berbuka dan bersahur mak masakkan nasi untuk Ana makan. Nak suruh skip memang susah.
Kita buat yang mudah-mudah ye ok. Makan nasi, kurangkan kuantiti. Itu jawapan yang tepat. Lebihkan protein, kurangkan lemak. Lebihkan makan berasaskan tumbuhan berbanding haiwan. The best diet ever tau ni, as long as nutrisi cukup. Eh! makan jatuh no 2 la nak kekal sihat sepanjang hari.
No 1 yang mommy perlu ambil berat adalah cecair di dalam badan. Berapa liter mommy perlu minum sepanjang hari? bergantung pada berat badan mommy iaitu 1 liter untuk setiap 25kg. Namun Ana galakkan, ibu menyusu minum lebih dariada keperluan diri sendiri. Ambik kira juga berapa oz keperluan anak sepanjang hari.
Cabaran minum air masak. Jom join challenge ini. #supermak mesti boleh kan?
Berbuka : 3 biji kurma + air kosong 500ml, setiap sejam minum lagi 250ml sehingga tidur malam.
Sahur: Sejurus bangun 250ml, sambil masak minum lagi dan simpan 2 cawan yang terakhir sebelum waktu imsak. Sahur juga makan kurma 3 biji ya.Last 2 cawan tu betul2 hujung waktu sahur ok. Kalau tidak habis la perut bergelora. hehe. Adjust sampai cukup kuantiti air yang diperlukan selama 14 jam berpuasa. Tak cukup air tu mommy boleh pengsan.
-
Direct Feeding dan Pam
Palign utama dalam penyusuan susu ibu. Kemana pun kita pergi rules ini SUPPLY VS DEMAND akan mengekor sepanjang masa. Dah macam bayang-bayang lah ni. Follow jadual pump yang anda selesa dengan DISIPLIN.
Rutin ini adalah rutin Ana sewaktu bekerja dulu. EH! aah sekarang dah WAHM(workign at home mom) ja.
12.00 pagi Power Pumping
2.00 pagi Tandem Nursing (anak menyusu + Pump)
4.30 pagi Double Pam
6.30 pagi Tandem Nursing (kalau anak bangun, if tak pam sahaja untuk bekalan fresh hari tersebut)Puasa biasa masuk kerja awal. Jadinya amik kesempatan dalam kereta waktu jam. Sambil drive 55km dari rumah dan tempat kerja tu boleh la diguna pakai janji selamat ya! Sampai ofis dah boleh terus buat kerja.
Waktu kerja (double pump)
10.30 pagi1.30tengahari
4.30 petangbalik awal pump dalam kereta juga. hehe.EH! nak kata menyusu ini mudah je kalau kita mudahkan dia. kann?
So, mommy macam mana rutin harian mommy? Dah buat jadul ke belum ni? Boleh ikut jadual ini jika bersesuaian, kalau tak boleh adjust ikut selesa masing2. Yang penting ikut jadual yang telah mommy sediakan.
Disiplin kunci emasnya.Tips tambahan sebab sayang lebih ni.
Terdesak sangat untuk dapatkan kuantiti yang lebih banding hari biasa?Ana sangat galakkan mommy boleh bangun area 2-3 pagi untuk tandem nursing atau double pump. True story dan fakta juga ini ye, sebab waktu ini InsyaAllah hasil susu yang buat Mommy tuai boleh buat kita senyum sepanjang hari. Kalau tak double pun lebih banding waktu lain. Nak tahu kene buat la ye..hehe. Power pumping yang super power tu pun jangan ditinggal. Kita increase demand sebelum tidur.
-
Zikir
Ya Allah Ya Matin, Ya Allah Ya Wahab gandakan berbanding hari biasa. Tidak dinafikan, segalanya atas kuasa dan izin dariNya yang Maha Pemberi dan Maha Mengetahui. Moga penyusuan dibulan Ramadhan nanti lebih mudah hendaknya.
-
Makanan tambahan
Penyusuan dibulan Ramadhan lebih mudah dengan Energizing Soy Protein(ESP). Ia sangat membantu bekalkan protein secukupnya untuk hasilkan susu yang pekat untuk si anak. Keperluan ibu menyusu adalah 71gram setiap hari dan ana peruntukan 56gram daripadanya dari ESP, 3 sudu untuk berbuka dan sahur. Energiz sepanjang hari.:)
Multivitamin lengkap dengan zat besi iaitu Vitalea, ha yang pinar tadi tu boleh amalkan vitalea ni. Tak dinafikan pemakanan seharian kita ni tak cukup nak support nutrition gap badan kita. Dengan GMO, denga isu racun serangganya dan macam-macam lagi. Ana amalkan 2 biji vitalea waktu sahur (if terlampau letih boleh ambil 2 biji buka, 2 biji sahur)
Tak boleh tinggal Vitamin C 2 biji waktu sahur, dah la makan macam2, imun badan kene jaga betul2 ni. Anak Ana ni lemah kalau ummi minum air sejuk. Mengaku la memang kadang tu tak dapat tahan nafsu. Sehirup dua pun buat ada selsema. So, vitamin C bantu anak untuk tidak berhingus berpanjangan.
Si kuning B Compleks sebiji waktu sahur ni berkabung dengan vitalea dan vitamin C boleh buat hari yang kucar kacir masih dirasakan tenang je tau. Kene try kalau belum try.
Penggalak penghasilan susu ni Alfalfa, 3 biji sebelum tidur, 3 biji selepas sahur. Maksimum 10 biji sehari bergantung kepada keperluan mommylah ye. Lebih detail kita consult nanti. Alfalfa terbukti sebagai penggalak penghasilan susu tau. Baca di sini ye.Perlu dan sangat perlu Ostematrix: Kalsium secukupnya untuk bekalan harian mommy dan anak. boleh consume 4-5 biji sebelum tidur untuk 1200mg-1250mg penyerapan optimal setiap hari.
Pada yang dehidrate tadi tu boleh la ambil Performance Drink ni. Air isotonik tanpa gas berperisa oren yang sedap. Boleh bancuh dan biarkan di peti ais, buka puasa hirup sejuk-sejuk lalu di tekak turun terus ke perut terasa nyamannya. Atlit Olimpik ambik ni tau. Olimpik tau!
Penutup
Moga dengan tips ini akan menyuntik semangat baru mommy untuk terus menyusukan anak dengan susu ibu. Ana doakan mommy dipermudahkan urusan sepanjang Ramadhan nanti. Dengan nutrisi yang secukupnya InsyaAllah mommy mampu meneruskan perjuangan penyusuan ini. Jayakan penyusuan mommy dengan bahagia ya. 🙂
Untuk sebarang konsultasi secara personal mahupun pembelian produk Shaklee boleh hubungi Ana direct melalui whatsapp 012-3687395 dan email tuahdinda@gmail.com. Thank you.
Nice info…
Alhamdulillah… Kesemua anak saya dapat minum susu ibu secukupnya sehingga berumur 2 tahun… Cuma anak saya yang sulung sahaja dapat minum susu ibu sehingga berumur 8 bulan… Ini disebabkan pengasuh anak saya semasa di Mukah Sarawak dulu geli nak pegang susu dalam peti sejuk untuk diberikan kepada anak saya…
Anuar recently posted…Rahsia SALES 5 angka dengan menjual “keratan-keratan Akhbar”
Alhamdulillah… terbaik 👍🏻
Rezeki masing2, biasa dengar BS kata leceh nak handle EBM. First time dengar sebab geli. Thanks for sharing.
penyusuan ibu adalah yang terbaik…
rugi tak bagi anak menyusu badan..
banyak manfaat dan faedahnya
mrhanafi recently posted…2 Kaedah Jana Pendapatan Sampingan
Thanks for support 😊