Jelita- Majalah Wanita Malaysia, Kecantikan, Fesyen, Hiburan berkongsi cerita bagaimana cara untuk kekal bertenaga sepanjang puasa di laman webnya. Perkongsian di webnya di sokong oleh Consultant Physician and Geriatrician Healthy Ageing Specialist, Dr Rajbans Singh.
Menurut Dato’ Dr Rajbans Singh, Presiden Malaysian Wellness Society, mengekalkan bekalan air yang cukup dalam tubuh amat penting kerana penyahhidratan atau kekurangan air biasa berlaku di negara yang panas dan lembap seperti Malaysia.
Tanda penyahhidratan sederhana adalah seperti pening kepala, keletihan, dan sukar memberi tumpuan. Manakala penyahhidratan yang serius akan buat anda rasa bingung dan kemungkinan boleh pengsan.
Kekal bertenaga di bulan Ramadhan.
- Cukupkan keperluan air sebanyak 8 gelas sehari bermula dari berbuka hingga ke sahur. Air merupakan pilihan yang paling ideal, namun sup, buah-buahan dan sayuran yang kaya air seperti tomato, salad, tembikai dan oren juga boleh diambil kira.
- Cegah diri dari minuman berkarbonat dan jus buah kerana mengandungi gula yang tinggi. Gula yang tinggi akan merangsang paras insulin terutama pada waktu Subuh. Ia akan menambah hipoglisemia dan menambah rasa lapar.
- Ketahuilah bahawa teh, kopi penyebab kehilangan air dan meningkatkan penyahhidratan kerana ia bertindak sebagai deuretik.
- Makanan yang masin akan mengambah rasa haus pada anda.
Makanan Sewaktu Berbuka Puasa
“Semasa berbuka, pilih minuman, buah, sup dan bubur dan elak memakan makanan berlemak atau yang ada kandungan gula yang tinggi. Buahan kering seperti kurma, aprikot, buah tin, kismis dan prun adalah pilihan paling sesuai kerana ia mengandungi gula semula jadi untuk tenaga, air dan vitamin serta ada mineral terpilih,” kata Dr Singh.
Sup traditional yang berasaskan daging, kacang serta bijiran turut membekalkan nutrient untuk tenaga. Selepas berbuka, kita perlu pastikan makanan seimbang dan mengandungi karbohidrat kompleks, buah dan sayuran, tenusu, kekacang, bijirin dan daging, ikan, ayam serta telur.
Makanan Sewaktu Bersahur
Duilangi, elakkan makanan tinggi kandungan gula dan garam kerana gula menaikan paras insulin, membuatkan anda rasa lapar manakala garam buat anda terasa lebih haus.
Minum air putih yang banyak, makan makanan yang tinggi serat serta berasaskan protein kerana ia akan dihadam secara perlahan dan buat anda berasa lebih lama kenyang.
Bijirin sarapan berserat tinggi seperti oat, rai dan milet dijadikan bubur dengan kekacang atau buah beri, diambil bersama susu, yogurt dan keju. Telur juga merupakan sumber yang baik namun, hindarkan daripada mengambil bersama keju dan daging yang diproses kea ia mengandungi garam yang tinggi.
Kekal Aktif
“Saya turut mengesyorkan senaman atau aktiviti aktif seperti berjalan kaki pada Ramadan terutama selepas berbuka puasa. Contohnya, anda boleh berjalan kaki ke masjid kerana ia membantu penghadaman dan boleh menurunkan berat badan,” kata Dr Singh.
Jika perlu menghadiri majlis berbuka puasa, pilihlah makanan anda agar ia tidak berlebihan. Dan sekiranya mengambil ubat kencing manis, berbincanglah dahulu dengan doktor cara pengambilan yang bersesuaian, dos dan masanya.
Tidur Perlu Cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya enam hingga tujuh jam sehari bagi mengelakkan peningkatan kortisol yang boleh mencetus masalah kesihatan lain serta menyebabkan tekanan.
Sekiranya anda rasa tidak mendapat pemakanan dengan nutrien yang diperlukan seperti digariskan di atas, terutama dalam tempoh singkat ketika berbuka, anda boleh mengambil vitamin dan mineral tambahan bagi melengkapkan nutrien anda.
Kekal bertenaga dengan Pek Ramadhan Shaklee-Jelita.
Ini hanya sebagai saranan tetapi Jelita telah mencuba pek Ramadan Shaklee yang terbukti mampu membantu anda kekal bertenaga dan berasa kenyang lebih lama pada masa sama, tidak cepat dahaga.
ESP Mix Soy Protein Isolate Powder: Kaya dengan kalsium dan protein malah protein soya dikatakan mampu mengurangkan kolesterol.
Padankan dengan Meal Shakes menjadikannya minuman yang lazat. Meal Shakes enak berkrim, kaya sumber kalsium, serat makanan dan protein. Hendak lebih lazat? Tambah sedikit buahan fresh
Untuk kurangkan rasa haus di siang hari di kala berpuasa, cuba Performance. Rasanya seperti glukos oren dan lebih sedap dibancuh dengan air sejuk.
Pada masa sama, ambil suplemen Lecithin kerana ia adalah pengemulsi semula jadi yang bertindak memecahkan lemak menjadi molekul kecil untuk penghadaman.
Penutup
Kekal bertenaga sepanjang hari daripada waktu subuh sehinggalah ke senja dengan makanan yang penuh nutrient dan supplimen keperluan harian.
Jika anda ingin mendapatkan tenaga sepanjang hari di bulan Ramadhan, Shaklee terbukti memiliki produk yang memperkasa kehidupan lebih baik, bertenaga, dan muda dari peringkat selular. Saya telah memilih yang terbaik dan saya percaya anda juga pasti akan memilih yang terbaik. Inilah kenapa saya #WhyIShaklee. Pilihan di tangan anda untuk memilih yang terbaik.
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Saya pun ambil pek Ramadhan Shaklee untuk kekal bertenaga mengharungi puasa sepanjang siang hari. Memang sangat direkomen pek ni.
Haidar recently posted…Pinjaman Peribadi Koperasi Coshare – Kuwait Finance House ‘Pra Kelulusan Tanpa Pengesahan Majikan’ Hanya 48 Jam Sahaja
Terima kasih.. sangat membantu..
Wah ada pek Ramadhan la… Bagus ni
Ia.. sangat memberi tenaga.. jom cuba 😊
aku sejak dah kahwin ni..apa bini masak untuk sahur, itu la yang aku makan.
syukur, dah tak bujang.
titan recently posted…Cashback kelima dari Shopback.my
best ambik ni memang rasa tenaga
RAIHANAH AHMAD recently posted…Rawat Luka Melecur Dengan Collagen
Berbaloikan… 😊