Saya menang Flatlay Contest anjuran LAT Family. TQ #LatFamily anjurkan contest flatlay ini. Memula saya dah frust sebab cuaca dirumah ini gloomy sahaja. Awatla Kak Ira buat contest flatlay time musim hujan ni..huh! Pagi yang cerah dinanti setiap hari. Namun musim hujan ni, pagi-pagi mendung je.
Ramai dah submit, cecantik derang punya. Jeles uolls! Aku belum lagi berphotoshoot. hehe. Dan masih belum ada idea nak shoot ghupe apa. Idea owh idea.. meh la datang.. gitu la rasanya dalam masa smeinggu lebih… ke 2 minggu.
Sehingga suatu pagi, lepas breakfast Adni makan Omega Guard, Chewable Vitamin C dan Nutriferon tiba-tiba hari cerah, terang benderang dalam rumah ni.
Terus dapat ilham, Ya Allah, terima kasih ilham ini. Simple tapi meaningful. Keluar rumah ambil pokok aloevera di pasu. Terus je letak dengan cahaya asli pagi, ilham terbaik ini Ana cuba zahirkan. Hasilnya seperti diposter.
*Aloevera dan omega guard ada cerita disebaliknya.
Saya nak berkongsi dengan anda, apakah yang istimewanya Omega Guard dan aloevera dalam membantu rawatan pemulihan ekzema Adni Naeim dahulu.
Krim Pelembap Kulit
Ramai, malah sangat ramai yang bertanya kepada saya “pakai krim apa?”. Ia. Saya juga pasti jika anda mengalami ekzema perkara pertama yang anda cari adalah krim apa? sapuan apa yang bagi reda radang merah menyala ini.
Saya juga mengalaminya di awal menghadapi ekzema Adni. Namun, bila di lihat semula sebenarnya krim tidak memainkan peranan besar untuk ekzema Adni pulih. Pulih pada saya walaupun ramai yang mengatakan ekzema takkan sembuh. Namun saya percaya ia boleh sembuh dengan kuasa Allah swt. Yang penting yakin Dia Maha Penyembuh.
Dari sapuan krim klinik, saya mula mengkaji seterusnya saya berjumpa kajian-kajian akan keburukan steroid, atau krim kimia lain. Bermula dengan ini jugalah saya tekad untuk memilih “natural” sebagai asasnya.
Saya hanya menggunakan aloevera gel asli dari pokok dan buds cream sahaja sepanjang perjalanan “natural” bermula. sapuan 3 kali sehari selepas mandi sangat membantu Adni jika tiba-tiba flare. Waktu malam sapuan Buds Supersoothing Rescue Lotion pula.
Omega-3 melembapkan kulit
Terkenal dengan anti-radang atau anti-inflammation di kalangan ekzema, Omega-3 juga adalah sebagai pelembap kulit dari dalam. Kulit yang kering, berkerak dan berkuping boleh menjadi halus dan cantik dengan bantuan Omega-3. Sangat digalakkan untuk anda yang mengalami radang selain ekzema juga.
Untuk kes ekzema, ada satu study yang mengatakan dengan pengambilan omega-3 secara berterusan selama 14 minggu dapat mengurangkan keradangan ekzema.
Jika anda atau keluarga, jiran tetangga mahupun teman sekerja mengalami ekzema, bolehla cadangkan kepadanya pengambilan Omega-3 ini.
Pilihlah Minyak Ikan Gred Farmasi Terbaik Dan Bagus
Tidak semua minyak ikan adalah sama kualitinya
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan. Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan kehidupan yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Saya sudah, anda bila lagi? Hubungi saya untuk mendapatkan Omega Guard secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik.
Aziana (SID 908133)
012-3687395
Trusted Shaklee Independent anda
Breastfeeding Partner
*Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at tuahdinda.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di tuahdinda.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
Leave a Reply