Ada yang sedang bimbang menanti kelahiran baby baru? Bimbang pelbagai masalah akan dihadapi jika terlewat. Ada ke cara untuk mempercepatkan bersalin? Ya, Ada. Ada 10 senaman yang akan saya kongsikan untuk mempercepatkan proses kelahiran. Senaman ini bukan la senaman yang berat ye untuk ibu mengandung. Namun, senaman ini sesuai di amalkan jika sudah masuk kandungan berusia 38 minggu hingga 39 minggu.
Saya faham, kebimbangan kalau-kalau teroverdue, terutama pada yang mengalami masalah GDM, katanya tak boleh overdue ya.
Jika anda tiada masalah sewaktu hamil, adalah bagus jika melahirkan pada minggu 39-40. Nanti saya kongsikan kebaikannya di post seterusnya ye.
Pencetus Contraction Untuk Mempercepatkan Proses Kelahiran
Apa yang boleh bantu kita untuk mencetuskan contraction ?
- Banyakkan berjalan
- Sexual intercourse
- Minum Minyak
- Melakukan senaman contoh mencangkung
- Rangsangan pada puting susu
- Minum air hujung rambut selepas mandi
- Pujuk-pujuk baby
- Senaman.
10 Senaman Mempercepatkan Proses Kelahiran.
Senaman-senaman ini sesuai untuk wanita hamil, tidak berat seperti senaman untuk menurunkan berat badan, dan sebagainya.
- Mulakan dengan bersenang diri dan lapangkan fikiran. Tarik nafas perlahan-lahan sambil berjinjit dan meregangkan tangan ke atas. Hembur nafas perlahan-lahan sambil menurunkan semula tangan ke bawah. Ulang 10 kali.
- Ayun kaki ke depan berselang seli antara kanan dan kiri sebanyak 10 kali untuk memanaskan badan dan meregangkan otot-otot kaki.
- Angkat paha dan bukakan kaki dengan meletakkan tapak kaki ke lutut untuk regangan pelvik dan tempoh kiraan 1 hingga 10. LAkukan 10 kali berselang antara kaki kanan dan kiri.
- Buka kaki perlahan-lahan setakat yang termampu ke kanan dan ke kiri berulang-ulang sehingga 10 kali.
- Bengkokkan badan ke sebelah kanan dengan tangan kanan di pangkal paha dan tanagn kiri diregangkan ke atas. Lakukan dengan perlahan dan berulang-ulang antara kanan dan kiri sebanyak 10 kali.
- Lebarkan bukaan kaki dan bengkokkan lutut hingga posisi badan seperti separuh mencangkung sambil mengangkat kedua-dua tangan ke depan. Luruskan semula lutut sambil mengekalkan kedudukan tangan dan bukaan kaki. Lakukan berulang-ulang sebanyak 10 kali.
- Duduk dalam kedudukan mencangkung sambil meletakkan siku ke lutut dan menekan kedua-dua tapak tangan. Bangun berdiri perlahan-lahan sambil menarik nafas dan kembali duduk mencangkung sambil melepaskan nafas dengan sedikit “meneran”. Lakukan perlahan-lahan sebanyak 10 kali.
- Duduk dengan melebarkan kaki secara perlahan dan regangkan badan ke kanan dan ke kiri berulang-ulang sebanyak 10 kali samil sebelah tangan ke atas dan ke sebelah lagi ke lutut.
- Lebarkan bukaan kaki lebih luas mengikut kemampuan. Luruskan kedua-dua tangan ke depan. tekan kedua-dua tapak tangan dengan kiraan 1 hingga 10. Rehat seketika dan ulang sebanyak 10 kali.
- Temukan hujung jari kedua-dua kaki sambil menunduk ke depan dan tangan memegang jari-jari kaki. Regangkan badan ke belakang sambil sedikit mendongak dan kedua-dua tangan diluruskan ke belakang. Ulang kedua-dua kedudukan sebanyak 10 kali.
3 Bonus Kedudukan dan Faedahnya Untuk Mempercepatkan Proses Kelahiran
1.Tailor Sitting
Dengan kedudukan ini, ibu hamil mendapat kebaikan seperti berikut:
- Dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
- Dapat memperbaiki postur tubuh.
- Melembutkan sendi pelvic.
- Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Kaedahnya adalah dengan duduk di atas lantai dan badan berkedudukan tegak. Temukan kedua tapak kaki kanan dan kiri. Pastikan lutut anda mencecah lantai. Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha. Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai. Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.
2. Pelvic rock
Kebaikan yang boleh diperolehi unutk mempercpatkan proses kelahiran dari senaman ini adalah dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang dapat mengurangkan sakit belakang.
Lakukan pelvic rock dengan keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata. Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut / belakang. Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.
3. Wall slide
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan.
Lakukan dengan keadaa berdiri dan sandar belakang anda pada dinding. Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda. Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat. Naik ke atas semula. Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya. Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding jika anda merasakan stabil.
Alamak! Dah bersalin sebelum tengok entry ni :-D. Memang dah overdue pun. Overdue 2 hari 😀
Wan Syahida Kahar recently posted…Pengedar Shaklee di Petaling Jaya, Setapak dan Bangi COD 012-6753078
haha.. Congrates Shye.. overdue 2 hari tak pe lah… boleh buat ref untuk next baby…opsss
Sexual intercourse macam menarik juga tips tersebut untuk mempercepatkan proses kelahiran
mrhanafi recently posted…Pengalaman Guna Grabcar Di Kuching
Aah… tu tips menjadi, untung pada yang suami sentiasa disisi.. 😊
noor aziana recently posted…9 Cara Rawat Masalah Bengkak Susu