Syoknya Menyusu Program. Saya nak ibu tahu satu perkara, kalau kita terpisah, saya akan kehilangan berat berbanding rakan sebaya yang berdamping dengan ibunya. Saya tahu sememangnya ibu pun tahu dan yakin susu ibu adalah yang terbaik untuk saya. Dibuat khas untuk saya. Exclusive!
Saya juga tahu, selepas beberapa hari saya dilahirkan ada yang kata saya lapar, tak cukup susu dan ibu tak mampu buat susu yang cukup untuk saya.
Ibu jangan risau ye!
Kerana yang saya perlu ketika ini hanyalah menyusu dengan kerap.
Saya hanya perlukan KOLOSTRUM ibu yang pekat, kaya dengan PROTIN yang tinggi dan ANTIBODI yang boleh menurunkan bacaan demam kuning sahaja tika ini, jangan risau ye!
Saya berlatih untuk gerakkan lidah saya, kita pun masih cuba untuk sama-sama selesa, jadi saya mungkin perlukan lebih dari 20 minit hanya untuk mendapat 1 sudu teh kolostrum (5-7 ml).
Ibu jangan risau ye!
Sebab saya memang selesa dipeluk di dada ibu,mendengar degup jantung dan bau badan ibu. Sangat menenangkan. Kalau ibu nak tahu, saiz perut saya masa ini sebesar guli je, kapasiti 5-7 ml je ibu, jadi memang ngam je dengan kuantiti kolostrum yang ibu hasilkan.
Ibu, saya gembira sangat, terlalu gembira bila saya dapat telan kolostrum dari ibu, sebab saya sudah dapat ‘imunisasi pertama’ saya yang kaya antibodi dan dapat selamatkan saya dari segala penyakit dan jangkitan kuman.
Terima kasih ibu atas segalanya
Ibu, tatkala ibu menyusui saya sambil berbaring, susu ibu akan laju dan sangat lancar!
Dan saya dapat rasakan yang ibu sangat gembira bila bersama saya, dan saya rasa sangat istimewa di hati ibu sebab ibu sanggup tinggalkan semua kerja lain untuk menyusukan saya, dan ibu tidak buat kerja lain selagi saya tidak lepaskan sendiri payudara ibu.
Ibu, hargailah masa sewaktu menyusui anakmu ya. Waktu paling berharga.
Jika sebelum ini waktu menyusu kita sambil buat itu ini, apa kata kita berubah, fokus berikan kualiti masa yang terbaik untuk anak kita. Oxytoxin bertambah, susu lebih lancar.
Ibu mungkin keliru bila saya asyik menyusu, menyusu dan menyusu, walaupun saya dah kenyang, dah burp. Saya tahu ibu kelirukan. Namun, saya sangat yakin ibu dapat bezakan hisapan saya waktu lapar atau hisapan waktu inginkan keselesaan.
Sebenarnya macam-macam saya rasa bila berada di dada ibu. Bukan sekadar hilang rasa dahaga dan lapar, namun disitulah tempatnya yang memberi ketenangan dengan menyentuh ibu dan memdengar degup jantung ibu.
Seandainya saya diberi susu botol, hampir mustahil untuk saya nikmatinya ibu. Saya mungkin boleh menghisap puting botol sehingga buncit perut, sebenarnya perut saya makin sakit. Perut saya besar ping pong je ibu pada minggu ke2 kelahiran.
Untuk ketika ni, MENYUSU ialah aktiviti utama saya. Ibu layan je lah ye.
By the way, ada perkara yang cool saya nak bagitahu pada ibu. Badan ibu akan aktifkan reseptor prolaktin kalau saya kerap menyusu ni. Dua minggu pertama ni, semakin tinggi saya tolong naikkan level prolaktin dalam badan ibu, semakin banyak reseptor prolaktin yang diaktifkan dalam kilang susu ibu.
Bila lampu hijau ON, barulah bekalan susu ibu saya makin banyak! Yey! Selagi tinggi reseptor prolaktin tu, selagi itulah bekalan susu ibu yang lemak manis semakin banyak.
Terima kasih ibu, berikan yang terbaik untuk saya.
Selain prolaktin, ada lagi satu hormon iaitu oksitosin. Hormon ini saya aktifkan bila menyusu di dada ibu. Ia hormon kasih sayang yang jadikan ibu rasa damai dan bahagia ketika menyusukan saya.
Teruskan menyusu, ibu!
Bila oksitosin tinggi, susu untuk saya pun akan keluar. Tarik nafas dan bertenang ya Ibu. Saya harap ibu dapat rasakan ini adalah yang TERBAIK untuk saya walaupun mungkin terasa janggal dan kekok dengan keadaan ni.
Ibu, saya tahu ibu risau mampukah mencukupi keperluan susu setiap hari. Ibu sering mengukur oz, berapa mililiter kan? Bila ibu pam guna breastpump, susu yang keluar tidak capai oz yang ditarget, lagi buat ibu semakin pasti yang susu ibu tidak banyak susu kan?
Ibu, tolonglah ibu.
Semahal mana dan sebagus mana pun breastpump yang ibu gunakan, ia tetap tidak sama dengan cara saya menyusu. Tak mungkin sama, ibu!
Mana mungkin badan ibu tertipu dengan sekeping plastik sejuk dan bunyi motor pam yang bising itu menghasilkan hormon yang diperlukan.
Ibu, terima kasih sentiasa melayan kerenah saya sepanjang masa yang ingin berdamping dengan ibu.
Ibu, seandainya ibu menghadapi hari yang sangat meletihkan kerana ingin memenuhi keperluan tugasan harian di pejabat, tuntutan bekalan susu untuk saya, apa kata ibu mencuba makanan tambahan ini. Dengar khabarnya sangat memberangsangkan hasilnya. Ia juga adalah produk yang berasaskan semulajadi, lebih selamat untuk ibu dan saya.
Ibu cuba tengok apa kata mereka yang telah mencubanya ini.
Ibu, asasnya tentulah SUPPLY VS DEMAND, namun dengan cukupnya nutrisi yang diperlukan setiap hari, penghasilan susu lebih lancar dihasilkan.
Ibu cubalah Set Penyusuan Shaklee ni demi mencukupi keperluan susu saya setiap hari. Saya tak nak FM tau ibu.
Untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee ini, boleh hubungi saya di 012-3687395.
Salam Penyusuan Susu Ibu,
Aziana
Syoknya Menyusu Crew.
Bila baca ayat demi ayat dalam post ni.. rasa benar-benar menghayati watak seorang baby..
Anuar recently posted…7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Ia, begitula yang cuba disampaikan. 🙂
noor aziana recently posted…Program Syoknya Menyusu: Love Note For Ibu