Apa Itu Ketuat?
Ketuat ialah ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh virus jenis Human Papilomavirus(HPV). Nama lainnya adalah kutil biasanya hilang tanpa perlukan rawatan terutama di kalangan kanak-kanak. Bagi orang dewasa, tempoh yang lebih lama diperlukan untuk ia hilang sepenuhnya.
Penyebab Utama Ketuat
Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dengan pelbagai jenis gejala. Ketuat yang biasa disebabkan oleh HPV jenis 2 dan 4 (paling kerap), diikuti dengan jenis 1, 3, 27, 29, and 57. Ketuat yang berada di dalam dibahagian tapak tangan dan kaki disebabkan oleh HPV jenis 1 (paling kerap), diikuti jenis 2, 3, 4, 27, 29, and 57. Manakala yang leper disebabkan oleh HPV jenis 3, 10, and 28
Ia berjangkit dari individu ke individu lain melalui sentuhan. Ia juga boleh merebak dari satu bahagian ke bahagian lain individu yang sama melalui autoinokulasi. Risiko jangkitan lebih tinggi jika lapisan kulit luaran tidak normal.
Terdapat beberapa jenis HPV yang boleh menyebabkan kanser seperti HPV jenis 6,11,16,18 dan 35. Transformasi kepada kanser boleh berlaku sekiranya ia melibatkan bahagian mukosa alat kelamin atau individu yang kurang daya tahan sistem imun.
Gejala-gejala
Ketuat boleh melibatkan semua peringkat umur tetapi kebiasaanya melibatkan kanak-kanak dan remaja dari umur 12 hingga 16 tahun. Terdapat pelbagai rupa ketuat seperti ketuat yang biasa (common wart), ketuat berbentuk filiform, ketuat dibahagian alat kelamin (genital wart), ketuat yang leper (flat wart) atau ketuat yang dalam di tapak tangan dan tapak kaki (deep palmoplantar warts).
Rawatan
Terdapat pelbagai rawatan tetapi agak sukar untuk membuang ketuat sepenuhnya. Percubaan rawatan perlu dibuat beberapa kali sekiranya gagal . Tanpa rawatan, 65% ketuat boleh hilang selepas 2 tahun. Namun, tanpa rawatan, ia boleh membesar dan merebak lebih banyak.
Terdapat pelbagai rawatan:
Antara kaedah yang sering digunakan untuk menghilangkan ketuat biasa (common wart) ialah:
Salicylic Acid
Boleh didapati dalam bentuk krim, gel, cecair atau pelekat berubat. Salicylic Acid bertindak dengan cara melembutkan lapisan kulit yang membentuk ketuat secara berterusan agar ketuat tersebut mudah untuk ditanggalkan.
Rawatan perlu dilakukan setiap hari selama 12 minggu atau lebih. Ia tidak boleh digunakan untuk ketuat pada kawasan kulit muka. Sebelum menggunakan Salicylic Acid, pesakit perlu memberitahu doktor atau ahli farmasi sekiranya mereka mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat-ubatan lain, alahan kepada ubat atau mempunyai masalah kesihatan yang lain.
Cryotherapy(pembekuan suhu -196ºC)
Merupakan rawatan oleh doktor dengan menggunakan cecair nitrogen yang diletakkan pada ketuat selama beberapa saat untuk membekukan dan memusnahkan sel kulit yang dijangkiti. Selepas rawatan, kesan melepuh akan terbentuk dan diikuti dengan kuping yang akan tertanggal dalam tempoh 7-10 hari selepas rawatan.
Pesakit harus berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai masalah seperti berikut:
- Mengesyaki ketumbuhan tersebut adalah bukan ketuat.
- Mempunyai ketuat pada kulit muka atau bahagian kemaluan.
- Mempunyai ketuat yang banyak pada bahagian tertentu.
- Mengalami kesakitan, gatal, kesan terbakar atau berdarah pada bahagian ketuat.
- Sistem imun tubuh berada pada tahap yang rendah.
- Menghidap penyakit diabetes / kencing manis.
Setiap individu berisiko dijangkiti oleh virus Human Papilloma.
Podophyllin khusus untuk rawatan ketuat di bahagian alat kelamin dan hanya boleh digunakan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang terlatih.
Laser terhad kepada beberapa situasi kerana risiko yang tinggi kepada pengendali laser dan boleh dijangkiti melalui saluran pernafasan.
Tricholoacetic acid juga boleh digunakan untuk rawatan ketuat di bahagian alat kelamin dan hanya boleh dirawat oleh doktor atau pegawai kesihatan yang terlatih.
Imiquimod mengubah respon sistem imun dan boleh di gunakan untuk rawatan ketuat di bahagian alat kelamin.
Jenis-Jenis Ketuat
Menurut Dr. Saadiah, terdapat lebih 150 jenis ketuat dan ia bergantung kepada kawasan di mana ketuat itu wujud.
1. Ketuat Biasa(Common Warts)
Ketuat jenis ini kebiasaannya terjadi di bahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti akan membonjol keluar, bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras. Ia berwarna seperti kulit atau gelap sedikit.
2. Ketuat Kaki(Plantar Warts)
Ia akan menimbulkan kesakitan kepada individu apabila berat badan menekan kawasan yang dijangkiti terutama apabila berjalan atau berlari.
Lazimnya terdapat bintik hitam disebabkan oleh pendarahan kecil di permukaannya. Penggunaan alas berbentuk bulat seperti donut pada bahagian tersebut akan membantu mengurangkan kesakitan.
3. Ketuat Filiform(Filiform Warts)
Ia berbeza dari jenis yang lain. Jenis ini berbentuk unjuran panjang seperti jari dan boleh berlaku di sekeliling kelopak mata, muka dan leher.
4. Ketuat Planar
Jenis ini kelihatan seperti biji-biji leper di permukaan kulit dan warnanya seperti warna kulit dan ia terjadi pada permukaan kulit yang lembut.
5. Ketuat Kelamin(Genital Warts)
Ia lembut, lembap, tidak sakit. Ia berwarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur (anal warts) dan kadangkala ia muncul di faraj wanita
“Bagi wanita, ketuat kelamin berpotensi menyebabkan kanser, terutamanya barah pangkal rahim,”
Oleh kerana lazimnya penyakit ini tidak ada gejala, kaum maka wanita dinasihatkan menjalankan ujian `pap smear’ secara berkala terutama mereka yang menjangkau umur 40-an.
Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dijalankan dengan segera kerana risiko virus HPV menjangkiti bayi adalah tinggi semasa melahirkan anak terutamanya apabila bayi tersebut dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi dilahirkan akan melalui kawasan yang dijangkiti dan mendedahkannya kepada jangkitan.
“Jangkitan boleh merebak ke lain-lain anggota badan atau individu yang lain melalui sentuhan.”
Dr. Saadiah menambah, mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti menghidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti golongan yang mengalami masalah ekzema lebih mudah dijangkiti ketuat.
Begitu juga mereka yang sering terdedah kepada kotoran.
Sumber dari Utusan Malaysia
Risiko Komplikasi
Menurut Asian Journal of Biomedical and Pharmaceutical Sciences, Department of Pharmacognosy, Manipal College of Pharmaceutical Sciences, Manipal University di dalam artikel yang bertajuk Therapeutic Approaches in the Management of Plantar Warts by Human Papillomaviruses, ketuat boleh mengalami komplikasi.
Plantar ketuat boleh berlaku secara berterusan. Ia boleh menumpahkan virus itu ke dalam kulit kaki sebelum mereka dirawat, ini akan menyebabkan ketuat baru tumbuh sebaik sahaja yang lama telah hilang. Jadi, untuk pertahanan yang terbaik adalah untuk merawat ketuat baru secepat mungkin. Ini bagi menyingkatkan masa penyebaran virus.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan ia akan membesar dan merebak, mengembangkan ke dalam kluster ketuat yang dikenali sebagai ketuat mozek. Mereka juga mungkin menjadi sangat menyakitkan. Sekiranya seseorang mempunyai banyak ketuat plantar, rasa sakit boleh membuatnya sukar untuk orang itu berjalan atau berlari.
Komplikasi yang terjejas oleh ketuat plantar adalah seperti berikut:
- Mrebak
- Pulpa ketuat yang hilang kembali
- Kesan parut kecil selepas ketuat disingkirkan
- Pembentukan keloids selepas penyingkiran
Langkah Menghalang Pertumbuhan
Pelbagai langkah boleh diambil seperti:
- Tidak menyentuh tempat yang dijangkiti.
- Membasuh tangan selepas merawat.
- Tidak berkongsi tuala, kasut atau stoking dengan individu yang mempunyai kutil
- Memakai selipar / alas kaki semasa menggunakan bilik air atau kolam mandi awam.
- Memastikan tapak kaki sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan.
- Tidak memotong menggunakan gunting mahupun pengetip kuku keran ia akan menyebabkan rebakan virus ini.
Kaedah Rawatan
Terdapat beberapa kaedah perubatan untuk merawat ketuat, dan salah satu yang saya nak tekankan adalah kaedah interferon dan asid trichloracetic.
Kaedah Interferon & asid trichloracetic(TCA)
Interferon & asid trichloracetic merupakan rawatan membuang ketuat dengan menggunakan suntikan Interferon secara langsung kepada kawasan yang dijangkiti, manakala ubat TCA akan disapu pada permukaan ketuat.
Bagaimana Shaklee Nutriferon boleh membantu menghilangkan ketuat?
Berdasarkan kaedah yang disebutkan di atas, pesakit akan disuntik dengan interferon ke kawasan yang dijangkiti ketuat disebabkan oleh jangkitan virus Humanpapiloma (HPV). Dengan meningkatkan sistem imunisasi tubuh melalui interferon, ketuat dapat dirawat dengan berkesan. Ketuat akan hilang secara semulajadi.
Apa itu interferon?
Menurut En. Wiki,
“Interferons (IFNs) are proteins made and released by host cells in response to the presence of pathogens such as viruses, bacteria, parasites or tumor cells. They allow for communication between cells to trigger the protective defenses of the immune system that eradicate pathogens or tumors.”
Dalam bahasa yang lebih mudah, interferon ni dihasilkan oleh sel apabila terdapat kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit atau sel tumor. Ia adalah kunci kepada sistem imunisasi untuk melawan semua patogen.
Hebat ke h e b a t. Tetapi, interferon di dalam badan perlu diaktifkan.
Shaklee Nutriferon adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia hasil kajian selama 40 tahun oleh Dr. Yasuhiko Kojima dan menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan untuk mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan dipatenkan oleh Shaklee.
Manfaat utama Shaklee Nutriferon:
◆ Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
◆ Melawan kanser dan tumor
◆ Melindungi tubuh dari influenza, virus, mikrob
◆ Meringankan stress dan kelesuan
◆ Melambatkan penuaan
◆ Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C
◆ Membantu menangani tempoh menopaus
◆ Mengurangkan simptom PMS
Dengan suntikan interferon ini, anda mungkin dikenakan caj sehingga RM800 untuk sekali suntikan. Namun, sekotak nutriferon mengandungi 30 sachet harga jauh lebih menjimatkan wang poket anda.
Boleh hubungi saya untuk mendapatkan nutriferon anda hari ini.
Aziana (SID 908133)
012-3687395 (Klik untuk terus order)
Trusted Shaklee Independent anda
Breastfeeding Partner
*Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at tuahdinda.com is exclusively of a general reference nature. Do not neglect medical advice or delay treatment as a result of accessing information on this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di tuahdinda.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
Incoming search terms:
- keloid vs ketuat
Leave a Reply