Resepi Fruity Pastry Cake Viral Versi Gluten Free
Sejak bulan lepas, viral Fruity Pasty Cake di media sosial tak kira instagram dan facebook. Namun, Ana masih belum berminat nak mencubanya sendiri. Rasa biasa je macam tak de feel. Few day after Hari Malaysia, Ana terjumpa satu post di IG, Mixed Fruity Pastry Cake Viral Jalur Gemilang oleh Lina Thomas. Sejak itu terus rasa nak buat sendiri. Tapi dah tentu versi gluten free walaupun Ana tak 100% gluten free diet. Here we go Resepi Fruity Pastry Cake Viral Versi Gluten Free. InsyaAllah, lebih sihat dan lebih mesra gut.
Kebetulan pula baru balik dari Cameron Highland ni. Ada stock strawberi segar. Tinggal tambah blueberry dan kiwi sebagai buah hiasan.
So, ini resepi yang Ana dah oleh menjadi Fruity Pastey Cake Viral Versi Gluten Free
Resepi Fruity Pastry Cake Viral Versi Gluten Free
Bahan-bahannya;
- 100gram pure butter
- 100gram Organic Raw Cane Sugar(ORCS), ni dah kurangkan dari resepi asal tapi masih manis.
- 2 sudu greek yogurt/sour cream
- 3 biji telur saiz A
- 1 sudu makan jus oren
- Zest(parutan kulit limau/oren) dari 1 biji limau/lemon
- 210gram tepung gluten free, di ayak dengan 1 sudu teh baking powder*
- Buah-buahan sebagai hiasan mengikut citarasa masing-masing(buah yang tidak berair)
*Tepung Gluten Free campuran sendiri menggunakan 100% tepung beras dan tepung kentang(potato starch) dengan nisbah 2:1.
Cara penyediaannya;
- Panaskan ketuhar 180°C terlebih dahulu supaya siap bancuh nanti boleh masukkan terus.
- Sapukan minyak pada keliling permukaan loyang bersaiz 8×7(atau mana-man loyang yang bersesuaian) dan alaskan dengan kertas minyak.
- Pukul butter, ORCS dan yogurt sehingga kembang dan ringan.
- Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sampai sebati.
- Seterusnya masukkan jus dan zest dan putar sehingga sebati.
- Masukkan tepung gluten free dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis dan gaul sehingga rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan bagi sama tinggi dan susun buah-buahan tadi. Buah-buahan hanya letak sahaja tak perlu di tekan ke dalam.
- Bakar kek selama 1 jam, selepas 45minit, boleh tutup kek dengan kertas minyak bagi mengelakkan kek terlalu perang dipermukaannya.
- Tunggu sehingga kek masak dan biarkan kek di dalam loyang selama 10-15 minit sebelum disejukkan di atas redai /rak dawai.
- Sebagai hiasan boleh ayakkan snow dust atau icing sugar. Tapi Ana taka buat pun.
- Siap! Boleh minum petang dengan teh dari Cameron.
Anak-anak teruja sangat bila bagitahu Ana nak buat Fruity Pastry Cake Viral Versi Gluten Free.
Ini hasilnya selepas dibakar.
Ini texturenya, lembut dan sedap.
Selamat mencuba Fruity Pastry Cake Viral Versi Gluten Free ye!
Dah cuba nanti share la hasilnya.
Resepi asal oleh Lina Thomas di instagram beliau adalah seperti berikut
Jalur Gemilang Mixed Fruit Pastry Cake
Sumber: Ann Low from Anncoo Journal
Bahan-bahan:100g Butter, suhu bilik
150g gula
2 sudu besar sour cream / yogurt
3 biji telur grade A, dipukul pelahan
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar jus lemon & zest dari satu lemon
210g tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
Sedikit buah-buahan Strawberry, Peaches & Blueberry atau buah apa pun boleh.Caranya:
1. Panaskan ketuhar kepada suhu 180 C (350 ° F) rak di tengah-tengah. Griskan springfoam (Loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) tepi dan bahagian bawah loyang dengan butter atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan kertas minyak juga.
2. Putar butter, gula dan sour cream sehingga ringan dan lembut. Masukkan telur secara sikit sikit putar sehingga sebati.
3. Masukkan esen vanila, jus lemon dan zest, putar sebati
4. Masukkan tepung dan serbuk penaik putar sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan dan susun buah-buahan di atas, jangan tekan buah-buahan ke dalam adunan.
5. Hiaskan buah-buahan seperti yang dikehendaki.
6. Bakar 1 jam. (Tutup bahagian atas dengan aluminum foil pada 15 minit terakhir baking untuk mengelakkan kek over browned)
7. Biarkan kek sejuk di dalam loyang selama kira-kira 5-10 minit. Unmold dan pindahkan ke rak dawai untuk sejuk. Guna penapis teh tabur gula aising ke atas kek, siap.
Untuk yang nak menggunakan tepung gandum keseluruhannya pun tak de masalah.
Cuma Ana go for gluten free dan menggunakan bahan lebih premium untuk kesihatan gut kita. Kalai bukan kita, siapa lagi nak jaga.
Ana kan ada anak ekzema, jadi lebih teliti bab ni terutama makanan yang dihasilkan oleh Ana. Makan luar consider cheat!
Korang should try dan nikmati keenakan buah dan pastry cake yang lazat ni.
#UmmiAnakEkzema
#byNAMS
Incoming search terms:
- blog tuah dinda gluten free
- resepi malaysia gluten free
Leave a Reply