Omega 3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya dan dipercayai memberi kebaikan kepada sendi, kulit, penglihatan, otak, jantung, membantu menurunkan tahap kolesterol jahat dan meningkatkan kesuburan. Ia anti-penuaan dan anti-radang. Ia didapati secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan lazat termasuk walnut, salmon, tuna, minyak zaitun dan avocado. Sudahkah anda mengetahui dos harian untuk kebaikan tubuh anda?
Manfaat Omega-3 terhadap tubuh badan:
Sebelum itu, saya kongsikan semula manfaat omega 3 terhadap tubuh badan kita.
Kesihatan Jantung
Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut – yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
- Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah.
- Meningkatkan pengaliran darah.
- Mengekalkan degupan jantung yang sihat.
Fugsi Otak
Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA. EPA dan DHA telah dikaji untuk:
- Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.
- Kesan positif kepada perasaan , kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.
- Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyayuk.
Kesihatan Sendi
EPA & DHA befungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.7,8 Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:
- Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
- Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
- Mengurangkan keradangan – menyekat keradangan dan kemusnahan sendi – yang kerap berlaku dalam artritis.7,8
- Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendisendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar
Kehamilan
Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu. Selepas bayi dilahirkan, Omega-3 menyokong:
- Perkembangan otak dan fungsi imun.
- Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.
- Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin.
- DHA adalah komponen utama retina – penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi.10
- DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.10
- Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi.
- Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat
Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan
mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon. Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan supplemen Omega-3 adalah penting.
6 Sebab Omega Guard Menjadi Pilihan Ramai
- Penyulingan Molekul Tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. Proses proprietari ini, memekatkan omega3, dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar
- Kualiti terjamin Minyak ikan bergred Farmaseutikal.
- Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi – satu sajian memberikan 990mg asid lemak omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA).
- Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega-3 tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA & banyak lagi.
- Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.
- Diiktiraf oleh Friend of the Sea®. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.
Dos Omega-3 yang diperlukan setiap hari
Tiada standard dos omega-3, tetapi sesetengah organisasi kesihatan mengesyorkan dos harian 250 hingga 500 miligram (mg) EPA dan DHA untuk orang dewasa yang sihat.
Rata-rata orang Amerika mengonsumsi kira-kira 1.6 gram asid lemak omega-3 setiap hari. Sekitar 1.4 gram ini berasal dari ALA, manakala 0.1-0.2 gram dari EPA dan DHA. Di dalam diet Barat, orang makan kira-kira 10 kali lebih banyak asid lemak omega-6 daripada asid lemak omega-3. Sejumlah besar asid lemak omega-6 berasal daripada minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak bijan, minyak bunga matahari, dan minyak walnut. Kerana asid lemak omega-6 dan omega-3 bersaing di dalam badan, faedah boleh dicapai sama ada dengan mengurangkan pengambilan omega-6 atau meningkatkan pengambilan omega-3.
Setiap biji Omega Guard Shaklee Menyediakan Omega-3: 333 mg; EPA (asid eikosapentaenoik ): 182 mg & DHA (asid dokosaheksaenoik): 120 mg). Kami di Shaklee menyarankan orang ramai untuk mengambil kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari. Cadangan sajian adalah sebanyak 3 biji setiap hari untuk mendapatkan 1000mg ikan setiap hari.
Rasa teruja ingin mencuba Omega Guard?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan. Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Saya sudah, anda bila lagi? Hubungi saya untuk mendapatkan Omega Guard secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik.
Aziana (SID 908133)
012-3687395
Trusted Shaklee Independent anda
Breastfeeding Partner
*Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at tuahdinda.com is exclusively of a general reference nature. Do not disregard medical advice or delay treatment as a result of accessing information at this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di tuahdinda.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
MIL ana mmg consume shaklee sejak dr dulu lagi. Alhamdulillah sihat sampai dah pencen.
Alhamdulillah… pengguna setia 😊