Jangan tunggu sehingga anda mengandung baru menukar diet pemakanan seharian. Jika anda cuba hamil atau “trying to conceive”, tukar diet pemakanan anda sekarang untuk memastikan bayi anda mendapat keperluan yang sebaiknya. Ingin ketahui 5 perubahan diet yang perlu anda suami isteri lakukan? Jom baca.
Cuba Hamil? 5 Perubahan Diet Untuk Anda
Ambil Berat Diet Harian Anda
Untuk pengetahuan kedua-dua suami dan isteri, makanan dan kesuburan adalah berkait rapat. Keduanya perlu ambil berat diet harian anda dengan pemakanan seimbang untuk meningkatkan peluang untuk mendapatkan bayi yang sihat.
Anda cuba hamil namun tidak mendapat nutrien yang cukup boleh menjejaskan kitaran haid anda dan menjejaskan waktu ovulate. Seterusnya sudah tentu anda mengahdapi masalah untuk mengenal pasti waktu ovulate anda. Anda juga mungkin tidak mampu ovulate jika memiliki berat badan berlebihan atau obesiti. Anda berdua perlu memberi perhatian kepada vitamin dan nutrien tertentu sejak awal lagi – seperti zink, vitamin C dan E dan asid folik untuk menghasilkan sperma yang sihat. Perlu kedua-duanya ya, bukan sebelah pihak sahaja.
Ambil Pranatal Vitamin
Walaupun anda boleh penuhi hampir semua keperluan melalui diet yang seimbang, namun adakah pemakanan kita hari ini benar-benar sihat tanpa sebarang risiko? Di zaman serba moden, sayuran dan buah-buahan kebanyakkannya GMO di tanam pula dengan semburan baja penggalak dan pelbagai racun digunakan. Vitamin pranatal adalah untuk memastikan anda mendapat asid folik yang mencukupi dan nutrien lain untuk meningkatkan peluang anda hamil.
Perlu diingatkan bahawa makanan tambahan adalah perlindungan, bukan pengganti untuk diet seharian anda. Dan anda perlu ambil berat kerana kebiasaanya “multivitamin over the kaunter” mungkin mengandungi dos yang tinggi untuk perkembangan bayi anda. Sekiranya cuba hamil dan anda adalah pengamal diet sayuran(vegetarian), anda mungkin memerlukan vitamin D dan B-12 bersama-sama dengan protein tambahan.
Dapatkan Folik Asid Secukupnya
Asid folik telah terbukti di dalam pelbagai kajian untuk membantu mencegah kecacatan tiub neural (NTDs) – kecacatan kelahiran yang serius saraf tunjang (seperti spina bifida) dan otak (seperti anencephaly).
Tips cuba hamil! Kebanyakan wanita dalam usia melahirkan anak perlu mengambil makanan tambahan dengan 400mcg setiap hari untuk sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung, dan 600 mcg semasa mengandung. Bagaimana pula jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan tiub nueral dan mengambil ubat sawan? Doktor mungkin mencadangkan 4mg setiap hari sekurang-kurangnya bermula sebulan sebelum hamil dan sepanjang trimester pertama.
Selain itu, anda boleh mendapatkan makanan yang kaya dengan folate daripada sayuran seperti bayam atau kale, buah-buahan sitrus, kacang, kekacang, biji-bijian, dan roti diperkaya dan bijirin.
Mengekalkan Berat Badan Yang Ideal
Ia bukannya sukar untuk direalisasikan. Ia!!! sememangnya idea untuk menurunkan beberapa KG atau mendapatkan beberapa KG jika anda kekurangan berat badan badan adalah idea yang terbaik semasa anda cuba untuk hamil. Jika anda memiliki berat badan yang berlebihan, anda mungkin mengalami komplikasi sewaktu hamil dan juga sewaktu melahirkan. Selain mengikut pelan pemakanan yang rendah lemak, makanan yang tinggi serat, anda juga perlukan senaman secara berkala.
Dengan cara ini, anda mungkin mampu menurunkan berat badan sebanyak 1 kg seminggu yang mana ia adalah penurunan berat yang selamat dan sihat. Penurunan berat badan yang melampau dari crash diet bukanlah cara yang baik untuk memulakan kehamilan. Sudah tentu anda pernah membacanya tentang cuba hamil turun berat badan bukan?. Anda juga boleh mencuba untuk detox juga jika anda mahukan. So, apakah langkah seterusnya?
B Kompleks dilengkapi dengan Asid Folik
Setiap 8 jenis vitamin B membantu untuk kesihatan berpanjangan. B1, B2, B3, B6, Biotin dan Pantothenic Asid membantu badan metabolis protein, lemak dan karbohidrat sebagai tenaga. Folik asid dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah di dalam badan.
B Complex Shaklee mengandungi ke semua jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda. Setiap 1 tablet(589mg) mengandungi:
- Vitamin B1 – Thiamin 10.12mg
- Viatamin B2 – Riboflavin 11.47mg
- Vitamin B3 – Niacin 135mg
- Vitamin B6 – Pyridoxine Hydrochloride 13.5mg
- Folate – Folik Asid 200mg
- Vitamin B12 – Cyanocobalamin 40.5mg
- Biotin 150mg
- Panthothenic Asid (as d-Calcium Panthothenate) 67.5mg
Semoga perkongsian ini bermanfaat dengan anda dan sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Info yang menarik..
Boleh dijadikan rujukan untuk second wife..
Yang pertama dah tak dapat beranak.. Faktor lanjut umur..
Jangan anggap serius.. Just kidding hehehe
mrhanafi recently posted…Bekerja Keras 18 Jam Sehari
hahaha.. termenung dah ni… 😀
Semoga tips ini boleh membantu pasangan yang menantikan cahaya mata 🙂
Ikhwan recently posted…8 Sebab Anda Wajib Daftar FISH