Broad Spectrum SPF
Hai semua, terima kasih kerana sudi singgah di tuahdinda.com ini. Hari ini Ana nak share sikit tentang “Broad Spectrum SPF”. Sebenarnya boleh buat kita pening jugak nak pilih produk “sunscreen” atau “sunblock” di pasaran sebab ada macam-macam jeniskan. Jadi, hari Ana akan kongsi info ini dengan korang.
Apakah Broad Spectrum dan SPF
Broad Spectrum
“Broad Spectrum”, maksudnya produk pelindung matahari yang memiliki fungsi perlindungan dari UVA dan UVB. Kedua-dua jenis
ultraviolet(UV) ini merosakkan kulit yang tidak dilindungi, tetapi bagaimana cara mereka bertindak itu berbeza. Mengetahui bagaimana sinar UVA dan UVB dan cahaya UV mereka berbeza adalah penting untuk memahami keperluan perlindungan sinaran spektrum luas atau broad spectrum ini.
Tahu tak apa itu UVA dan UVB?. Ana bagi tips untuk mudah nak ingat ni, huruf A pada UVA bererti ”Aging” (penuaan) dan B pada UVB ertinya “Burning” (pembakaran). Kedua perlindunga UVA dan UVB adalah sangat penting. Baguskan broad spectrum ni.
Sunblock
Sunblock bertindak sebagai penghalang fizikal antara kulit anda dan sinaran berbahaya Sun. Sunblock mengandungi bahan-bahan organik dan bukan organik yang duduk di permukaan kulit untuk mengelakkan sinar UV menembusi kulit.

SPF
SPF pula singkatan bagi Sun Protection Factor. SPF adalah ukuran bagaimana pelindung matahari akan melindungi kulit dari sinaran UVB, jenis sinaran yang menyebabkan sinar matahari, merosakkan kulit, dan boleh menyumbang kepada kanser kulit.
Jika kulit korang biasanya terbakar selepas 10 minit di bawah sinar matahari, menggunakan pelindung matahari SPF 15 akan membolehkan korang terdedah di bawah sinar matahari tanpa terbakar selama kira-kira 150 minit (faktor 15 kali lebih lama).
Ini adalah anggaran kasar, bergantung kepada jenis kulit, intensiti cahaya matahari dan jumlah pelindung matahari yang digunakan. SPF sebenarnya merupakan ukuran perlindungan daripada jumlah pendedahan UVB dan ini tidak bertujuan untuk membantu anda menentukan tempoh pendedahan.
Untuk pengetahuan korang skala SPF tidak linier:
- SPF 15 menyekat 93% sinaran UVB
- SPF 30 menyekat 97% sinaran UVB
- SPF 50 menyekat 98% sinaran UVB
Cuba perhatikan, SPF 30 memberi perlindungan sinar matahari hanya 4% lebih berbanding pelindung matahari SPF 15, manakala SPF 50 memberi perlindungan sehingga 98%.
Sunblock
Sunblock bertindak sebagai penghalang fizikal antara kulit anda dan sinaran berbahaya Sun. Sunblock mengandungi bahan-bahan organik dan bukan organik yang duduk di permukaan kulit untuk mengelakkan sinar UV menembusi kulit.
Sunscreen
“Sunscreen” biasanya pilihan yang lebih popular. Walaupun sunblock kebanyakannya berfungsi secara fizikal, jenis pelindung matahari berfungsi secara kimia dan menghalang tanda-tanda kerosakan jangka panjang dari sinar matahari. Ia memancarkan sinaran UV dan membalikkan sebarang kesan berbahaya yang mungkin terdapat pada kulit. Korang dinasihatkan untuk memakai pelindung matahari apabila korang keluar dari rumah.
So, itulah serba sedikit tentang “broad spectrum”. Ana harap ia membantu korang untuk memilih perlindungan kulit yang terbaik. Perlindungan sepenuhnya dari penuaan (Aging) dan terbakar (Burning). Now, Ana nak share pula “broad spectrum” pilihan Ana. Dah tentu yang terbaik, check it out!
Broad Spectrum Sunscreen pilihan- Age Defence Moisturiser SPF50

Ada nampak tulisan “Broad Spectrum Sunscreen” ni? Ni yang buat moisturizer YOUTH ni sangat menarik. Dia berfungsi untuk melindungi kulit muka kita dari sinaran UVA & UVB. Bagus kan broad spectrum ni?
Bukan mudah nak cari produk skincare & komestik yang ada “Broad Spectrum Sunscreen” skali tapi dalam moisturizer YOUTH ni sudah ada disediakan. Tak perlu risau nak cari merata di pasaraya.
Bahan-bahan utama Age Defence Moisturiser SPF50 Shaklee
- Muscadine Grapes Extract ( bahan utama VIVIX ) – menghalang kerosakan kolagen dan elastin.
- Alga hijau (laminara) – melegakan, regenerasi, memberi oksigen kepada sel kulit.
- Alteromonas (alga hijau) – penting untuk memperbaiki dan meremajakan kulit, bertindak sebagai penghalang untuk melindung kulit.
- Kacang pis – memelihara protease daripada degenerasi protein kulit seperti kolagen dan elastin, kulit jadi lebih tegang dan anjal.
- Vital Repair+ – melindungi kulit dari rosak dan meggalakkan tumbesaran sel kulit yang sihat. Ramuan istimewa Shaklee.
- SPF 50 – sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas bagi melidungi kulit dari sinar matahari. Panas lit lit orang kata.
- Non-comedogenic, tak menyumbatkan liang pori. Paling penting dalam memilih skincare dan makeup tau ni.
Cara Menggunakan YOUTH Age Defense Moisturizer SPF50:

Selepas mencuci muka dengan Youth Cleanser, sapukan Youth Toner menggunakan kapas, barulah pakai Youth Moisturizer ni kat muka. Calit dulu sikit kat dahi, kedua belah pipi, hidung serta dagu. Sapu rata Youth Moisturiser dengan urutan ke atas seluruh muka. Elakkan sapu di sekitar mata. Guna pada waktu siang setiap hari samada keluar atau tidak ya. Dekat rumah pun ada sinar ray jugak tau korang. Walaupun begitu ia tetap menjimatkan sebab Ana dah guna 10 bulan baru tukar tiub yang baru. Selamat dompet tak rabak.
Highly Recommended Age Defense Moisturiser SPF50
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang inginkan kehidupan yang sihat dan berpanjangan. Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Hubungi Ana untuk mendapatkannya secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik. Juga boleh menikmati harga lebih jimat sehingga 20% dengan menjadi ahli Shaklee. Hubungi Ana untuk keterangan lanjut.
Leave a Reply