Assalamualaikum Mommy.
Good Morning 🙂
Berapa oz susu diperlukan setiap kali penyusuan?
Biasa kita dengar first time mommy tertanya-tanya berapa oz si manja cukup dan puas menyusu setaip sesi. Sebelum menghantar si manja kepada pengasuh, mommies perlu tahu kenal pasti gaya penyusuan si manja. Ini termasuklah berapa kekerapan si manja menyusu dan berapa oz setiap kali penyusuan si manja. Dengan mengetahui corak penyusuan si manja, mommy boleh mengelakkan pembaziran susu yang berharga ini.
Berdasarkan pengalaman 2 kali bersalin dan menyusui anak, akakmanis kongsikan di bawah ni ye.
Berapa oz susu diperlukan setiap kali penyusuan?
Ada beberapa fasa usia si manja akan menyusu dengan kuantiti yang berbeza. Biasanya orang kata, bila dah makan bayi kurang menyusu. Betul ke?
Berapa Oz bayi usia 30 hari pertama memerlukan susu ibu
Bayi berusia 1 hari ke 1 bulan memerlukan setidak-tidaknya 2oz setiap kali penyusuan. Bilangan penyusuan normal ialah sebanyak 8x sehari. Jika mengalami masalah demam kuning@juandis ada beza sedikit ya!
Usia 30 hingga 60 hari, memerlukan oz yang lebih sedikit
Bayi berusia 1 bulan hingga 2 bulan memerlukan sekurang-kurangnya 3 oz setiap kali penyusuan pada kadar 7x sehari. Mommies boleh siap-siap sediakan EBM mengikut sukatan ini.
Usia 60 hingga 120 hari, kekerapan menyusu berkurang namun oz bertambah
Bayi berusia 2 hingga 4 bulan memerlukan setidak-tidaknya 4 oz setiap kali penyusuan. Bilangan penyusuan normal ialah sebanyak 6x sehari. Mudah untuk mommies simpan stok EBM.
Usia 120 hingga 180 hari
Bayi berusia 4 hingga 6 bulan memerlukan sekurang-kurangnya 5 oz setiap kali penyusuan. Bilangan penyusuan normal ialah sebanyak 6x sehari. Demand semakin tinggi pada usia ini. Are you ready mommy?
Usia 180 hari ke atas
Bayi berusia 6 bulan ke atas telah mula diberikan makanan pejal, usia bayi 6 bulan ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 6 ke 8 oz dan bilangan penyusuan normal adalah 6x sehari.
Diingatkan sekali lagi, sediakan stok EBM mengikut keperluan Si Manja bagi mengelakkan pembaziran.
Take note bahawa, susu yang tidak habis diminum tidak boleh dibekukan mahupum dipanaskan semula.
To dearest mommies yang mengalami masalah penyusuan dan mahukan Susu Yang Berkualiti, Cukup untuk Si Manja
Jayakan Penyusuan Si Manja Mommy,
Coach Susu Berkualiti
Sebarang pertanyaan dan konsultasi istimewa dari akakmanis boleh direct whatsapp ya.
The Best Milk is the Breast Milk.
Incoming search terms:
- susu oz untuk bayi 8 bulan
Mmg bagus panduan menyusu nie bagi yg baru first time melahirkan anak..
alhamdulillah, moga bermanfaat.