Berhari-hari, anak soleh request ummi masak nasi biru. Semangnya ummi awak ini gemar makan nasi biru. Namun ummi tak pernah masak sendiri Rice To Wednesday.
Kebetulan bunga biru meriah di belakang rumah maka ummi pun merealisasikan lah hajat si anak. Hati #supermak mana yang tak gembira bila dapat memenuhi permintaan anak. Lagi-lagi makan habis licin, jilat jari, jilat pinggan!
Anak pulang sekolah ummi surprisekan dengan nasi biru, ayam peha goreng faberet, kuah tak pedas untuknya. Ceria terpancar di wajah si anak. Namun, bila dihidang wajah anak berubah tiba-tiba. Si anak complain nasi tak biru. Rupanya anak expect biru macam warna Faber-Castell dia. Lalu anak berALASAN untuk terus makan.
Apa respon kita jadi mommy ni ye?
Saya kongsi sedikit tips untuk #supermak nak handle anak bijak ni ya.
Berikan perhatian lebih
Kebiasaannya anak ini akan berikan pelbagai jawapan dan alasan dengan apa jua keterangan dari kita, dan kita sebagai #supermak usah sesekali melarang atau menegahnya. Berikan perhatian sepenuhnya dan berikan penjelasan yang boleh difahami olehnya.
Bersikap tegas
Kita memang disarankan untuk mendengar jawapan dari anak namun kita harus berwaspada jika anak memberi penolakan ada jawapan tadi. “taknak la makan, ummi tolong habiskan” . Beritahu pada anak, ada waktu mereka perlu mengikut apa yang ibubapa mereka katakan.
Minta kasihan dan pelukan
Peluk si anak dan katakan padanya “Mommy dah susah payah masak apa yang awak mahukan. Lain kali Mommy masak seperti yang awak nak, makan ya nasi ni” Minta la belas kasihan si anak, dengan ini anak akan rasa lebih sayang pada mommynya.
Andai Mommy ada lagi cadangan boleh la kongsi dengan akakmanis dan rakan di ruang komen ya.
Moga-moga tips kita ini dapat membantu ramai #supermak yang membacanya.
nasi nya bikin berselera selama ini makan biasa saja
newbie blogger recently posted…Hotel dekat Alun-alun Malang
kreativiti ibunya…:)
kalau layan the little big shot…makan ape la anak2 org putih…3 tahun dah mcm sekolah rendah
Belang Tarung recently posted…Kontroversi Ibrahim ‘Ujang’ Anon & Majalah Komik Upin Ipin Luahan Di Sebalik Kisah Sebenar
hehe… betul tu..
Terima kasih kongsi tips ni. Sangat berguna sebab anak saya pun kategori yang sama 😀
Haidar recently posted…3 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
anak-anak high taste..:) tapi seronok kalau apa yang diminta dapat dipenuhikan..