“Sakit Sangat Kena Bengkak Susu Sampai Demam”
Benar! Bengkak susu atau clogged duct sangat menyakitkan! Pada yang pernah mengalaminya pasti setuju dengan penyataan ini. Punca utama bengkak susu adalah kerana susu ibu tidak dikeluarkan dan payudara tidak dikosongkan dengan kerap sebaiknya.
Apabila payudara tidak dikosongkan dengan kerap sebaiknya, pengumpulan susu yang banyak akan terjadi dan menyebabkan salur susu tersumbat. Penghasilan susu ini oleh kerana hormon lacta yang dihasilkan oleh tubuh ibu. Sepatutnya, susu yang terhasil haruslah dikeluarkan untuk diberikan kepada bayi anda kan?
Tanda Masalah Salur Susu Tersumbat
- Kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pump mengikut jadual.
- Penghasilan susu yang merudum
- Susu di dalam payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya akan menjadi lebih pekat dan melekit. Kerana itulah, ada dikalangan ibu yang mendapati walaupun mereka telah direct feeding mahupun pump, keadaan bengkak atau benjolan tersebut masih tidak surut.
Punca puting tersumbat
Seperti yang saya katakan di awal tadi,
Punca utama bengkak susu adalah kerana susu ibu tidak dikeluarkan dan payudara tidak dikosongkan dengan kerap sebaiknya; sebagai contoh
- Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap
– Jarak sesi penyusuan yang ideal untuk mengelakkan bengkak susu adalah 2-3jam. - Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara
– Kerap menukar payudara ketika menyusu tidak dapat mengeluarkan susu sepenuhnya dari setiap belah payudara. Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. - Tertinggal sesi memerah
– Untuk ibu yang telah mula bekerja, tertinggal waktu mengepam kerana tugasan boleh mengakibatkan bengkak susu dan susu drop! Jaga-jaga ya ibu. - Lekapan yang tidak betul.
– Lekapan yang tidak sempurna mengakibatkan susu tidak dapat keluar dengan baik dan mengakibatkan puting luka, dan bayi tidak cukup susu.
Cara Atasi Masalah Bengkak Susu
1. Menyusu dengan kerap
Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan jarak masa yang panjang di antara penyusuan.
2. Pelbagaikan posisi penyusuan
Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Posisi penyusuan yang bersesuaian menenangkan dan membuatkan keduanya selesa. Kenali 4 Posisi Penyusuan Susu Ibu yang bersesuaian dengan anda dan bayi.
3. Pam selepas sesi menyusu
Menggunakan pam payudara selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu. Ini adalah teknik bagi memastikan payudara anda telah benar-benar kosong dan susu yang baru akan sedia untuk dihasilkan untuk sesi penyusuan yang seterusnya.
4. Mengurut payudara
Mengurut payudara anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat berkesan. Ia akan melancarkan pengeluaran susu ibu dan mendapatkan let down reflect dengan lebih cepat.
5. Menekap payudara
Menekap kain yang suam di payudara adalah salah satu cara melegakan bengkak susu ini. Mngikut petua dahulu kala, ibu boleh menekapnya dengan menggunakan kelopak kobis bagi menyelesaikan masalah bengkak susu ini.
6. Mandi Air Suam
Mandi air panas(suam) selama lebih kurang 15-20 minit. Halakan air suam ke bahagian payudara. PAda masa yang sama sewaktu mandi, lakukan urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan (jika ada).
7. Urutan marmet
Urutan Marmet menjadi satu indicator untuk membantu ibu mengenalpasti adakah payudara sudah dikosongkan sebaiknya. Payudara yang dikosongkan dengan sebaiknya akan menghasilkan susu dengan lebih cepat.
Di akhir point ini saya sertakan video ringkas perbezaan urutan marmet yang betul dan yang salah. Sebelum itu, jom ibu fahami langkah melakukan urutan marmet.
Langkah-langkah urutan marmet
1. Pastikan ibu mencuci tangan dengan bersih sebelum melakukan urutan marmet.
2. Mulakan dengan urutan lembut pada payudara di seluruh bahagian payudara. Ini
untuk membantu melancarkan penghasilan pengeluaran susu dan mendapatkan letdown reflex ibu dengan cepat.
3. Posisikan ibu jari (di atas puting susu) dan dua jari pertama (di bawah puting) kira-kira 1cm hingga 1.5cm dari puting, walaupun tidak semestinya di tepi luar areola. Gunakan ukuran ini sebagai panduan, kerana payudara dan areola berbeza-beza yang lain. Pastikan tangan membentuk huruf “C” dan pad jari pada pukul 6 dan 12 sejajar dengan puting. Perhatikan jari-jari diletakkan supaya takungan susu terletak di bawahnya. • Elakkan mengepam payudara
4. Tolak payudara ke dalam ke arah dada
• Elakkan daripada tersebar jari-jari. Pastikan ibu jari dan jari telunjuk pada posisi tadi.
• Untuk payudara besar, angkat pertama dan kemudian tekan ke dinding dada
5. Gulung ibu jari dan jari telunjuk ke hadapan pada masa yang sama. Gerakan memusing ini memampatkan dan mengosongkan takungan susu tanpa mencederakan tisu payudara sensitif.
Perhatikan kedudukan ibu jari dan kuku semasa gulung selesai seperti ditunjukkan dalam ilustrasi.
6. Ulang step 3, 4, dan 5 untuk mengalirkan takungan sepenuhnya. Position, tolak dan gulung
7. Lakukan semula urutan payudara apabila aliran susu mula perlahan atau sudah tiada susu yang memancut.
8. Ibu boleh menukar posisi ibu jari dan jari telunjuk kearah lain. Pastikan ibu mengekalkan posisi ibu jari dan jari telunjuk yang selari dengan puting susu dalam bentuk C. Ibu juga bebas
menukar menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan bagi membolehkan susu dikeluarkan dari seluruh bahagian payudara.
8. Makanan tambahan
a. Lecithin
Ibu boleh mengambil lecithin setiap hari untuk melancarkan semula saluran susu yang tersumbat. Lecithin merupakan minyak pelincir untuk memastikan mesin susu berjalan dengan lancar. Cadangan dos yang disarankan oleh Kelly Bonyata, IBCLC untuk recurrent plugged ducts.
- 3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.
- Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang bengkak susu, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.
- Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada bengkak susu juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.
“It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.”- Dr. Jack Newman
b. Vitamin C
Ambil Vitamin C 1000mg setiap hari untuk membantu penghasilan kolagennya sendiri untuk penyembuhan saluran susu yang rosak akibat tersumbat. Adalah bagus mengambil Vitamin C setiap hari kerana badan kita tidak menghasilkan Vitamin C sendiri.
Ibu boleh menggunakan lecithin dan Vitamin C semulajadi seperti Lecithin dan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee.
9. Air suam
Minumlah air suam sebanyaknya sepanjang berpantang bagi melancarkan pengeluaran susu ibu, juga peredaran darah ibu.
Tahu tak? Ibu berpantang perlu extra air kerana perubahan hormom yang mengakibatkan ibu berpeluh. Ini adalah antara alasan tambahan untuk minum air suam lebih berbanding sewaktu mengandung. Saranan ibu menyusu adalah 3 liter air sepanjang hari namun ia bergantung kepada berat bandan ibu.
Paling penting kekalkan badan ibu terhidrat dengan air suam, bukan dengan air sejuk.
Penutup
Bengkak susu boleh dikawal dan dirawat jik aterjadi dengan cara yang betul. Tidak menyakitkan dan menganggu pengeluaran susu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu yang ingin menyusu dengan gembira dan bertenaga. Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.
Dapatkan 4 Tips Penyusuan Minggu Pertama Kelahiran Buat Ibu Muda dan ketahui berapa oz susu diperluakan bagi setiap seisi.
8 Review Set Menyusu Shaklee
Hubungi saya (CLICK HERE TO WHATSAPP) untuk mendapatkan Set Bengkak Susu secara eksklusif berserta konsultasi yang terbaik daripada saya.
Aziana (SID 908133)
012-3687395 (Klik untuk terus order)
Trusted Shaklee Independent anda
Breastfeeding Partner
*Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. If you require any medical related advice, contact your physician promptly. Information at tuahdinda.com is exclusively of a general reference nature. Do not neglect medical advice or delay treatment as a result of accessing information on this site.
Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera. Maklumat di tuahdinda.com adalah semata-mata bersifat rujukan umum. Jangan mengabaikan nasihat perubatan atau kelewatan rawatan akibat daripada mengakses maklumat di laman web ini.
Terbaik artikel ni penting untuk bakal ibu bapa dan juga yang sedang menyusukan anak-anak sekarang. Sangat jelas dan faham lepas baca artikel ni
Khairul Zamri recently posted…Cara Mengurus dan Menanam Uri Bayi Baru Lahir
Alhamdulillah. Moga membantu mereka yng memerlukan.
noor aziana recently posted…Tips Hamil : 10 Senaman Mempercepatkan Proses Bersalin Elak Overdue
Tak pernah kena lagi bengkak susu sampai demam ni… Tapi dengar pengalaman orang, sangat sakit.. good tips!!
Wan Syahida recently posted…Shaklee Baby : Set Penjagaan Mesra Bayi, Organik, Selamat dan Semulajadi
Ana pernah kene sekali, gigih pam sebab nak increase demand anak juandis kat hospital. Last2 bil duduk rumah tak leh dipam. Gigih pergi hospital kul 2 pagi nak direct BF, tandem sekali la ceritanya.. dapat 6oz. balik rumah sambung tidur.. mujur berpantang sihat segar bugar dengan Shaklee.
noor aziana recently posted…Tips Hamil : 10 Senaman Mempercepatkan Proses Bersalin Elak Overdue