Hai Mommy to be, Assalamualaikum baby!!
Mommy awak dah busy shopping baju-baju, menambah ilmu penafasan dan melahirkan, tapi mommy dah sediakan peralatan menyusu ke belum?
Tertanya-tanya tak apa yang perlu dipelajari? Penyusuan susu ibu adalah semulajadi; suakan payudara dan anak akan menghisapkan? We wish we could say that is always the case.
Lebih 20 tahun yang lalu, kita melihat perjuangan penyusuan bermula. Ada beberapa masalah dapat diselesaikan dengan mudah tapi masih ada jugak masalah yang lebih mencabar. Ada kajian yang di buat pada tahun 2013 mendapati 92% daripada ibu-ibu dengan bayi berusia 3 hari mempunyai sekurang-kurangnya 1 masalah penyusuan. Baca kajian di sini
Walaupun penyusuan dikatakan “semulajadi”, tetapi ia perlu mengambil sedikit masa untuk kita belajar. Ramai wanita yang tidak dikelilingi oleh seorang yang sedang menyusukan anak.
Saya ingin kongsikan 4 perkara penting yang membuatkan minggu pertama penyusuan lebih mudah.
1. Memahami bahasa bayi yang baru lahir
Bayi dilahirkan dengan refleks untuk “survive”. Refleks merangkak dan menghisap itu adalah penting untuk mereka “survive”. Untuk mereka survive hanya susu ibulah makanan mereka, tiada yang lain. Bila anda lihat si manja mengerakkan mulut seperti membuka mulut dan menoleh lalu menghisap apa yang berdekatan seolah-olah si manja sedang bercakap. “Mommy, feed me now!”. Jika lambat sehingga si manja menangis “Saya cuba jadi yang terbaik, tapi mommy terlepas isyarat saya”. Begitu la sebenarnya yang terjadi.
Penting untuk mommy tahu isyarat bayi lapar, berikan susu lebih kerap kepada si manja. Ini akan membantu menjayakan penyusuan anda, minum susu kerap akan memberi isyarat badan mommy untuk menghasilkan susu lebih banyak.
2. “Kemaruk malam kedua”.
Pengalaman sendiri dan pengalaman rakan-rakan penyusuan, malam kedua dan seterusnya merupakan malam kuat menyusu. si manja tidak mahu berenggang sepanjang malam. Payudara mommy lembik. Ramai yang menyangka seakan tiada susu, dan ingin memberi susu formula.
Jangka masa minum susu kerap adalah NORMAL. Si Manja sedang melakukan apa yang sepatutnya untuk menjayakan penyusuan, iaitu membantu mommy memberi signal kepada tubuh untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Susu formula akan mengganggu pross semulajadi ini dan mengakibatkan penghasilan susu lebih rendah. Jika si manja anda hanya membuang air besar beberapa kali sahaja dalam masa 24jam, anda perlu kerapkan seisi penyusuan. Tidak lama pasti anda mendengar si manja menelan susu pada payudara dan akan menghasilkan susu dengan lebih banyak lagi. Yeay!!!
3. Tidak perlu kawal kesakitan puting
Menjadi kebiasaan pada ibu mengadu sakit puting; buat kita seramkan. Sepatutnya ia tidak begitu. Payudara lembut adalah perkara biasa pada awal penyusuan. Puting merekah, melecet berdarah atau sakit sehingga anda bengkok jari kaki dan bahu sampaila ke telinga adalah tanda bahawa si manja meletakkan tekanan pada puting.
Betulkan kedudukan penyusuan dan dapatkan lekapan yang mendalam (kedudukan di mana puting berapa di dalam mulut bayi) sepatutnya membantu masalah ini. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai posisi penyusuan di sini. Jika masih menghadapi maslaah ini anda boleh berjumpa dengan Lactation Consultant sebelum anda bersedia untuk berhenti. Jika berpunca dari masalah “touge tie” dapatkan rawatan awal boleh menyelamatkan penyusuan anda.
4. Kumpulan sokongan penyusuan
Memiliki bayi yang baru lahir adalah salah satu perubahan yang paling besar yang perlu kita hadapi. Rapikan persediaan kerana anda terlalu sukar untuk membayangkan betapa dramatik kehidupan ketika itu. Anda akan belajar untuk menyusu pada masa yang sama menyusun semula hubungan anda dengan pasangan anda, jadual harian dan sebagainya.
Kajian menunjukkan bahawa sokongan rakan-rakan adalah penting untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu. Apabila anda sedang berjuang, anda memerlukan sokongan dan berkongsi rasa tentang penyusuan. Anda perlu hidup dipersekitaran rakan-rakan dan keluarga yang mempunyai pengalaman positif dalam penyusuan. Beritahu mereka anda perlukan sokongan dan bantuan mereka untuk kerja-kerja rumah dan sebagainya.
Minggu pertama penyusuan susu ibu adalah mencabar. Dengan 4 tips penting ini, InsyaAllah bakal membuatkan anda lebih gembira dan mudah. Dan seterusnya, menjadi lebih baik dalam perjalanan penyusuan. Susu akan sentiasa tersedia pada kuantiti dan suhu yang diperlukan, memberi peluang pada anda untuk memeluk si manja, dan gembira bersama-sama si manja.
Pengalaman pertama menyusukan anak pertama sangatlah mencabar. Bila dah dapat rentaknya, semua akan jadi lebih mudah, insyaAllah.
Oja Samid recently posted…Risiko Dan Kesan Ambil Suplemen Untuk Jangka Panjang | Shaklee Landmark Study
Syukur, saya juga alami pengalaman getir pada penyusuan anak sulong.. dipertemukan dengan supplement shaklee.
alhamdulillah 3 anak saya menyusui badan…
kesannya ialah sistem antibodi mereka kuat dan imun dengan pelbagai penyakit yang ringan
Hero Borneo recently posted…Kahwin Satu Lagi Keperluan Atau Kehendak
Alhamdulillah… yang terbaik untuk anak-anak kita..
itulah hasil kesedaran dan tarbiah pihak klinik ..
semoga infomasi ini memberi manfaat yang ibu muda diluar sana..
Hero Borneo recently posted…5 Sebab Saya Suka Blog Ishakhasimi.com
Mula mula memang rasa tertekan, tapi tak lama kemudian kita rindukan suasana nak susukan anak semula.
Ikhwan recently posted…Cara Hubungi Penumpang Uber
alahai… kena tambahla jawabnya..
noor aziana recently posted…Penawar Ekzema Secara Semuajadi Tanpa Steroid
Satu ilmu baru disini untuk tahun depan menimang cahaya mata InsyaAllah
Khairul Zamri recently posted…5 Ways to Become an Online Shopping Pro in Malaysia
Alhamdulillah, moga bermanfaat.
Dapatkan set berpantang dan menyusu shaklee tau:)
Oh shaklee atau set berpantang dan menyusu jugak ea, tengah baca-baca ilmu bayi, kelahiran dan ibu berpantang sebagai pengetahuan dan persedian nak jadi daddy ni hehe
Khairul Zamri recently posted…Tips Untuk Anak Bijak dan Mendengar Kata
tahniah, terbaik baby to be. 🙂
Yang penting keep on positive and teruskan menyusu sambil yakin yang susu 1st day tu ada & cukup. Betul tak ana?
Wan Syahida recently posted…Kursus Mobile Spa Termurah di Kawasan Selangor dan KL
betul.. campak ke lautan hindi “susu tak cukup” 😀