Posisi penyusuan ini boleh membantu mommy untuk menyusu dengan selesa. Berbaring meluruskan tulang belakang sekali gus. Fuh.. letih bukan menyusui anak ini, manfaatkan posisi penyusuan susu ibu ini untuk monny boleh berehat sewaktu menyusui si manja. Dengan memahami posisi penyuauan susu ibu yang betul dan tepat untuk bayi ini ia dapat membantu mommy menjayakan penyusuan sepanjang mana yang mommy niatkan.
Ketahui 4 posisi penyusuan susu ibu yang betul dan tepat untuk bayi adalah seperti berikut:
Cradle Hold merupakan posisi yang terbaik untuk Si Manja yang baru dilahirkan. Bayi akan menghadap dada mommy, kepalanya berehat pada lengan ibu yang mana ibu menyokong belakang bayi. Bantal adalah perlu terutama kepada bayi yang kecil saiznya, namun ia bukan suatu keperluan.
Lying Down: Bayi dan ibu baring berhadapan bersama-sama. Kedudukan yang biasa dan menenangkan ibu sehingga tertidur ketika menyusu. Ini juga adalah kedudukan yang terbaik untuk menyusu di malam hari sambil tidur. Namun, keselamatan si manja perlu di ambil perhatian dahulu.
Football Hold: Posisi ini merupakan posisi yang disarankan kepada ibu yang bersalin secara pembedahan agar bayi tidak berada di atas kawasan potongan. Tubuh bayi adalah berada di dalam pegangan ibu, kaki menghala ke arah belakang ibu. Bantal membantu untuk mendapatkan ketinggian yang bersesuai untuk menyusu.
Laid Back: Kedudukan ini merupakan sebagai Biological Nurturing. Ibu meletakkan bantal supaya bayi dalam kedudukan sedikit condong dan menghadap ibu. Ini adalah kedudukan yang boleh membuatkan untuk ibu dan anak berasa tenang. Posisi ini adalah yang terbaik jika ibu mengalami overactive letdown atau bayi yang terdedah kepada reflux selepas makan kerana kawalan yang lebih baik pada pengaliran susu ibu.
Mana satu posisi yang bersesuaikan untuk mommy?
Moga info ini bermanfaat untuk mommy terutamanya first time mommy untuk menyusu dengan lebih selesa dan relax. Posisi mana menjadi kegemaran ibu? Mine is laying down. Kongsikan pengalaman anda dan sebarang persoalan di ruang komen ya.
Ingatkan posisi penyusuan ni ada satu je. Rupanya ada lagi selain tu. Terima kasih atas info ni, penting bagi mereka yang belum ada pengalaman menyusu untuk tahu cara2 dan posisi ni.
Dedaun Comel recently posted…Cara Memasang Disqus Di Blog
pelbagai cara mengikut keperluan.